Pages

Monday, October 1, 2018

Naura 1st day kat rumah pengasuh

Assalamualaikum..

Hari ni first day Naura dihantar ke rumah pengasuh. Alhamdulillah rezeki kitorang dapat pengasuh dalam kalangan orang yang kenal. Maklum la sekarang ni banyak sangat kes-kes dera budak. Tahun ni je dah berapa banyak kes dah masuk berita. Yang tak masuk berita kita tak tau kan.

Apa yang risaukan aku kali ni bukan la pengasuh tu, sebab memang aku dah kenal. Aku risaukan Naura tu buat perangai sampai menyusahkan orang. Selalu dah aku doa semoga Naura selalu behave kat rumah orang, jangan buat bagi orang marah..huhu

Pagi tadi pengasuh dia hantar gambar Naura tido. Kemain lagi dia tido dalam rockers tu. Tak tau la betul ke idak ejaan aku tu. Benda tu pun aku baru tau nama dia.


Tak sabar mama dia nak gi amik Naura dari rumah pengasuh tu. Rindu sangat dah dia kat anak dia. Tok wea pun sehari duduk kat rumah tak kena kacau dengan Naura.

Dah dua minggu juga la mak mertua aku tolong jagakan Naura kat rumah aku. Kesian juga kat orang tua kita, tapi mak mertua aku tu nak juga tolong. Alhamdulillah sebab ahli keluarga sayangkan Naura.

Pagi tadi tenang je Naura dalam dakapan 'ibu' baru dia. Harap esok takde la drama pape. 

1 comment:

Joe Miller said...

Your place is valueble for me. Thanks!… best online casinos