Pages

Wednesday, September 11, 2013

Dart pertama

 Set dart dan sebahagian aksesori
 
Minat main benda ni nak kata baru tak la baru, nak kata lama pun tak la lama mana.. sedang-sedang aja. Tapi bila dah beli kena la main.. kan? So aku dah beli set dart pertama ni dari bulan Julai, main asalnya cuma untuk suka-suka dan pinjam dart member. Masa mula-mula try baling dart rasa macam serasi je dengan sukan ni, tu yang beli.

Sekarang bila dah jadi hobi so kena la main sungguh-sungguh untuk master kan teknik yang betul. Dari segi balingan, stand dan juga macam mana nak pegang benda alah kecik ni. 

Biasa orang akan cakap, setakat main dart je pun bukan nya susah. Sebenarnya main dart ni boleh menajamkan fikiran sebab kena kira point balingan tu dengan mencongak je, mana ada disediakan mesin kira-kira bagai. Bab lenguh tangan tak payah nak cerita la, biasanya memang tak terkira la berapa kali kena baling untuk biasakan diri dengan dart.
 
Cara nak main, cara nak kira aku tak payah cite sebab banyak sangat dah blogger lain dah cite, so korang boleh tengok blog lain jugak.

So, untuk masa terdekat ni akan ada satu pertandingan untuk anggota kerajaan. Otai kat tempat aku kerja saje nak ekspos kan aku dengan member-member aku yang sama baru naik ni dengan suasana sebenar pertandingan. Untuk dijadikan pelapis katanya. In sha Allah kalau ada rezeki tu ada la, tengok la sampai berapa jauh team baru ni boleh pegi.

No comments: