Pages

Thursday, June 6, 2013

Pesta Sukan Perbendaharaan ke-23 Tahun 2013






Alhamdulillah tahun ni dapat lagi join pesta sukan untuk tahun yang keempat, dan setiap tahun acara wajib aku adalah acara tarik tali. Masih lagi hantar dua team dan nampaknya tahun ni team aku je yang hantar dua team, team-team lawan yang lain macam dah takde player dah dan kurang semangat.

Jumlah team yang amik bahagian cuma 4 team je. Team aku iaitu team B dapat rezeki tempat ke-3, team pompuan dapat tempat ke-2 dan team A lagi satu team masih pegang title champion dari tahun lepas, walaupun aku bukan dari pasukan champion tapi aku tumpang kegembiraan sekali dengan diorang.

Insyaallah tahun depan aku akan cuba sukan baru, mampu atau tak aku nak tinggalkan sukan tarik tali ni belum tau lagi. Cinta aku kat sukan ni bukan sikit. Kekuatan seorang lelaki mampu teruji dalam sukan ni.

No comments: