Pages

Sunday, June 9, 2013

Bertolak ke Terengganu.

Khamis malam aku bertolak dengan ofis mate ke Terengganu untuk program mencandat. Julung-julung kali program macam ni dibuat kat ofis aku. Sebelum ni banyak buat family day je.

Bertolak lebih kurang pukul 10 malam, singgah kat R&R Temerloh untuk masuk toilet,minum dan makan. Toilet tak selera nak guna sebab tengah renovate. Makanan ok je.

Sampai kat bandar Terengganu awal, lebih kurang pkul 5 pagi tapi disebabkan driver bas tak tau nak berenti kat mana dia buat tawaf kat bando tu. Nak tanya urusetia semuanya baek punya lentok. Last-last dia benti tepi jalan lepak je, sampai orang sedar tanya dia dah sampai mana.

Dah kol orang yang bertanggungjawab dia pun suruh relak kat masjid putih dulu, sempat la tunggu sampai siap solat subuh.

Sarapan pagi tu free, sebab ditanggung oleh bos besar. Makan kat nasik dagang mak ngah. Yang fofuler tu, masuk jalan-jalan cari makan tu. Nasiknya simple dan ok la.

No comments: