Pages

Tuesday, January 15, 2013

Cermin kereta pecah

Baru kejap tadi cermin kereta opis mate aku pecah tetiba, dia sampai ofis dan park kereta macam biasa. Lepas tu pak gad yg berjaga kat situ bagitau ada bunyi meletop, dia ingatkan bunyi tayar atau org terlanggar kereta org lain. Rupa2 nya cermin meletup, boleh tahan kuat jugak bunyi nye.

Lepas cari info dalam internet dapat la apa punca cermin boleh pecah selain dari terkena batu masa drive. Antaranya:

Kebiasaannya, cermin hadapan retak dan pecah disebabkan beberapa perkara seperti kenderaan diletakkan terlalu lama di kawasan panas.

Sinaran matahari yang kuat terutama pada waktu tengah hari menjadikan ruang dalaman kenderaan seperti 'ketuhar', ditambah pula semua tingkap tertutup rapat tanpa memberi ruang untuk udara luar memasuki ruang dalam kereta.

Cermin juga boleh menjadi pecah apabila kereta diletakkan dalam keadaan cuaca panas terik dengan tingkap tertutup rapat dan secara tidak dijangka, hujan panas berlaku.

Memandu dalam keadaan cuaca panas terik dengan memasang penyaman udara terlalu kuat tetapi secara tiba-tiba membuka tingkap turut menyumbang kepada masalah cermin pecah secara tiba-tiba.

Selain masalah udara panas dan sejuk, cermin yang berada dalam keadaan retak juga boleh menyebabkan ia pecah terutama apabila ia gagal menampung tekanan akibat rintangan angin ketika kelajuan tinggi.

Cermin yang sudah retak perlu diganti bagi mengelakkan ia terus 'membesar' kerana habuk atau pasir halus yang memasuki ruang retak itu akan mengembang apabila panas dan menambahkan lagi keretakan.

Sekiranya perlu, tampal bahagian retak itu dengan pelekat lutsinar bagi mengelakkan pasir halus memasukinya atau pecah ketika memandu dalam kelajuan tinggi.

Keretakan pada cermin hadapan biasanya disebabkan terkena objek keras seperti batu yang terpelanting dari jalan mahupun daripada lori membawa muatan apabila sesuatu kenderaan itu mengekori lori berkenaan terlalu hampir.

Untuk mengelak cermin depan atau belakang retak seribu dan akhirnya pecah, langkah terbaik ialah meletakkan kereta di tempat teduh seperti di bawah pokok atau tempat letak kereta berbumbung.

Jika terpaksa meletak kereta di tempat panas, tutuplah bahagian panel kereta dengan pelindung cahaya matahari khas yang boleh dibeli di kedai aksesori atau stesen minyak.

Pemilik juga boleh menutup panel dengan menggunakan sebarang kain atau kotak yang bukan berwarna gelap. Ini untuk menghindari kepanasan daripada diserap.

Perlu diingatkan, potensi cermin pecah jika mengekori lori yang membawa muatan seperti batu memang ada dan sebaik-baiknya, jarakkan kenderaan daripada mengekori kenderaan seumpamanya terlalu rapat. 


Sumber yang lebih lengkap : virtualfriends.net 

 

No comments: