Pages

Wednesday, February 20, 2013

Perihatin la sikit

Aku ke Tabung Haji hari ni, mcm biasa keadaan dalam tu memang sentiasa sesak dengan manusia. Lumrahnya kalau dah ke bank nak simpan duit ke, kuar duit ke, buka akaun ke mesti la nak isi borang kan.
Dan biasanya bank akan sediakan tempat utk isi borang semua tu. Tapi syg sekali sebab ada jugak org yg salah guna tempat tu. Tempat tu disediakan kerusi tapi bukan utk menunggu giliran sbb nya tempat menunggu giliran dah disediakan dgn berpuluh bijik kerusi. Ape kejadahnya ko nak duduk kat kerusi org nak isi form kuar duit ni.

Yang sedihnya lagi dia boleh buat muke toye je. Menyirap gak aku tgk muka minah ni, kalau tua tu lain cite la kot tak larat nak berdiri lama kan. Ini muda lagi dan kerusi kat ruangan menunggu pun punya la bnyk kosong.

Sebagai manusia yg telah diajar dan dah diingatkan mcm tentang keperihatinan antara manusia melalui iklan2 dalam tv tu, dia sepatutnya pikir orang nak guna tempat tu. Kena pulak org yg tak bawak pen mcm aku ni, lagi la perit nak menggagau pen kat mana. Setakat nak duduk aku tak heran sngt.

Tolong la, pikir guna otak dan akal yg waras. Samaada apa yg kita buat tu betul atau tak. Jangan main sedap bontot je duduk sedangkan org lain nak buat keje pun tak jadi. Panas hati betoll la.

Monday, February 18, 2013

Kayap

Sape2 yang penah kena kayap tau la mcm mana perit sakitnya benda tu. Tido malam tak lena, sengal badan, bisa tempat kena tu mmg tak boleh lupa di tambah pulak gatal miang. Kayap ni pulak bnyk jenis, ada yg sampai boleh ragut nyawa. Berbelas jenis jugak la kayap ni, tak terkira aku.

Aku kena 2 minggu sebelum raya cina hari tu. Aku pun tak ingat mcm mana boleh kena, tau2 je badan dah start miang. Gatalnya mmg lain macam sangat. Tergaru2 aku sampaikan kena gesel dgn bucu dinding,kalau ada yg tajam lagi syok.

Makin lama sikit tempat gatal tu jd gelembong air. Gatal makin bertambah, mmg pehh la. Masa tu la bini aku perasan benda alah tu ada kat belakang badan aku. Dia ingat aku ni kena ulat bulu. Masa tu tak bisa sangat lagi.

Hujung mggu tu aku balik kg. Pagi tu bangun tido tunjuk kat mar mertua aku, dia tgk je terus tau benda tu kayap. Apa lagi dia terus ajak aku pegi jumpa bomoh. Tapi jgn salah paham, kat kg semua yg boleh berubat org di panggil bomoh. Kali ni pakcik ni org panggil tok ayah, dia ubatkan org guna akar kayu. Kiranya bomoh ubat tradisional la.

Tok ayah ni baca doa, dah tu ditiupkan kat aku. Dibuatnya air tawar sebotol dah tu sekali dengan 4 jenis akar kayu yg aku sndr tak tau akar pokok apa. Disuruhnya asal akar kayu tu dicampur dengan air tawar, minum dan yg selebihnya sapu kat tempat naik kayap.

Malam tu bini aku sapu, terkejut aku masa bini aku sentuh guna cutton butt tu. Bukan sakit tapi terkejut sebab sejuk. Malam tu jugak gelembung air tu pecah.

Malam tu tak boleh tido sebab sakit, esoknya aku ke klinik amik ubat tahan sakit. Sempat la aku tanya doktor ape punca jadinya kayap ni.

Doktor tu cakap kayap tu jadi sebab virus chicken pock, virus tu menyorok so sape yg penah kena demam campak ada risiko nak kena kayap kalau antibodi jadi lemah. Benda ni tak berjangkit. Dan setakat ni belum ada ubat spesifik utk kayap ni selain ubat tahan sakit dan losyen gatal. Kalau nasib baik sakit boleh hilang dalam masa 2 mggu, kalau nasib tak baik mau sampai 2 bulan.

Alhamdulillah aku guna ubat tok ayah tu kayap aku tu boleh kering dalam 3 hari je. Tapi kena berpantang mcm org bersalin. Tak boleh mkn ayam,ikan laut,daging, pisang,epal dan bnyk lagi la. So aku makan ikan haruan je. Dengan izin tuhan seminggu je semua kering.

Tapi bab pantang tu smpai ke hari ni aku amalkan. Bukan apa takut bendanya naik balik, risau gak. Sampaikan mak mertua aku pun sound aku, melampau sngt aku punya pantang. Mengalahkan org bersalin bedah.

Sedikit info pasal sakit kayap ni.

Sunday, February 17, 2013

Self servis


Kalau dulu masa kat kampung tiap kali beli gas komfem kena pikul tong gas punya, sebab kedai runcit depan umah je. Lagi pulak orang kampung kan gagah semuanya.

Sejak duduk kat bando ni, manja lain macam.. mengalahkan anak raja gayanya.

Hari dalam sejarah kena tolak sendiri tong gas dari ground flour ke tingkat 4. Nasib baik la ada lif. Dibuatnya naik tangga kompem lunyai pinggang aku.

Kes yang kena tolak sendiri ni sebab pembantu kedai runcit tu balik tido, yg tinggal dia punya cashier je. Kalau nak dia hantar kena tggu pukul 5 la. Bini kat umah tgh tggu nak siapkan lauk, nak tak nak aku tolak sendiri la. Janji dapur umah aku berasap.

Saturday, February 16, 2013

Jam G-shock ori

Sekarang ni dah jadi tren orang pakai jam g-shock ni. Dari semurah2 harga sampai semahal2 harga, ada harga yang boleh cecah beribu ringgit.

Ada jugak yg pilih jam yg murah, bukan sebab takde duit tapi belum cukup nak beli yg harga beribu tu. Buat sementara waktu pakai je yg murah dulu.

Setengah orang pulak tak boleh kalau tangannya takde jam,disebabkan jam takde beli la yg klon punya.

Dalam gambar kat bawah tu korang boleh bezakan yg mana mahal yg mana murah. Yg belah kanan tu ori dan yg kiri tu klon.

Mineral tongkat ali

Kali kedua aku beli air ni, singgah masa on the way dari kg nak balik ke KL. Harga tak mahal mana pun cuma 2.50 je. Rasa macam air mineral biasa cuma ditambah perisa pandan untuk sedapkan tekak.

Aku beli kat hentian r&r gua musang yg baru. Beli kat kaunter air kat tengah2 food court tu. Bagi aku minum air ok gak la sebab boleh kurangkan dahaga.. of kos la kan.

Air ni kurangkan penat, maknanya bagi tenaga. Bila bertenaga boleh fokus masa drive. So kita pun tak mengantuk ditambah pulak ada peneman kat sebelah ajak sembang.

Kena faham balik, tongkat ali bukan semata2 untuk kuatkan tenaga batin je. Faktor utama org tua dulu minum tongkat ali ni sebab nak tenaga. Sebab kerja zaman dulu bukan pegang pen dgn taip kat keyboard mcm sekarang. Dulu org keje libas parang dgn hentak cangkul so nak tenaga lebih.

Apa2 pun kalau nak drive jauh pastikan rehat anda cukup mana la tau kalau tersangkut dalam jem, boleh kontrol emosi.

Sunday, February 10, 2013

Epal perisa mint

Masa aku join kem wataniah dulu,ada sorang kopral ni tanya masa minum petang.

Ada sape2 suka makan epal tak?

Tak ramai yg respon,sebab diorg tau mesti kopral ni nak pedajai kitorg. Tapi aku pikir kalau aku angkat tangan untung2 aku dapat makan epal, boleh belagak dgn budak2 lain. Lagi pulak ada jugak la yg angkat tangan. Aku pun angkat la jugak sebab apa2 hal ada geng.

Kopral tu cakap, ok! Malam ni sape yg angkat tangan ni blh jmp dia lepas time kelas malam. Dia nak belanja makan epal.

Aku pun excited la malam tu,lepas je habis kelas ada minum malam. Kopral tu datang, dah tu dia panggil la org yg angkat tangan petang td. Buat barisan, dia nak bagi epal free.

Kopral tu suruh budak dapur amik kan epal dalam peti sejuk, dia bg sorang sebijik. Sekali dia bg bawang besar daa... Dia ckp itu la dia panggil epal sebab mmg dia suka mkn bawang. Aduyai..terkena den.

Apa lagi, makan la mentah2 tu..habis berangin hidung,telinga,mata semua la yg ada lubang udara la..berair mata. Lepas tu mmg aku suka mkn bawang besar,sbb banyak khasiat utk kesihatan badan.

Tuesday, February 5, 2013

Melawat ladang teh

Tempat yg aku pergi hari pertama lepas aku check in kat hotel area brinchang.

Tempatnya mmg best ditambah aroma bau teh yg tumbuh. Angin yg sejuk walaupun cuaca agak panas. Mulanya nak ke ladang Boh tp wife aku ckp jauh sikit, so aku pegi yg dekat2 je.

Tempat ni mmg ramai org, tempat minum teh fresh pun disediakan. Berbaloi la sebab tak kena bayar pun. Layan gambar.

Monday, February 4, 2013

Cameroon Highland

Planning dalam jangka masa yg sangat singkat.. tau2 dah sampai kat atas bukit cameroon dah. Siap tido lagi kat sana.. sejuk yang teramat sangat sebab tertinggal baju sejuk,nak beli malas sbb kat umah sweater je dah penuh belakang pintu bilik.

Masuk gambar bunga2 dengan sayur segar dulu. Nanti baru cerita pasal hotel.