Pages

Friday, September 7, 2018

Penapis air coway dan penapis udara coway

Assalamualaikum,

Sekian lama tidak bersiaran dalam blog picisan ini. Tajuk kat atas tu bukan nak menjual atau nak jadi agen. Saje nak bagitau yang aku dah pasang kedua-duanya.

Untuk makluman semua,alhamdulillah aku baru dikurniakan cahaya mata yang pertama selepas 8 tahun mendirikan rumah tangga. Aku belum ready lagi nak cerita pasal anak, baru nak share pasal alat-alat coway yang aku baru masukkan dalam rumah ini. Ini pun untuk kemudahan isi rumah.

Ok, ceritanya memang aku dah lama mencari penapis air yang berkualiti, murah dan mesra pengguna. Dijadikan cerita lepas aku selesai solat jumaat kat Masjid Bukit Aman, aku ternampak booth coway. Brader yang jaga tu memang peramah dan memang teliti cara penerangan dia. Kebetulan memang diorang ada promosi combo penapis air sekali dengan penapis udara dengan harga tak sampai RM200. 

Aku bagi nombor contact aku untuk sesi soal jawab dengan brader tu. Alhamdulillah aku faham semua penerangan dia. Lepas bincang dengan wife, aku pun setuju untuk pasang 2 barang tu.

Hari ni sebelum solat jumaat, agen coway yang peramah datang buat pemasangan dengan sangat lancar. Lepas agen tu siap pasang diorang bagi penerangan cara penggunaan. Lepas clear dengan penjelasan tu diorang minta diri untuk pegi solat. 

Tiada bayaran untuk pemasangan sebab dah masuk dalam pakej, jimat RM200. Bulanan dia akan terus tolak dari akaun bank setiap bulan. So,takde la nanti nak terkial-kial nak pegi ke mesin deposit untuk masukkan duit.





1 comment:

sadiraabbe said...

Casinos Near Me - Where to Find Slots near you - Jtm Hub
Casinos Near Me - Where to Find Slots Near You 충주 출장샵 · 의정부 출장마사지 Borgata · Atlantic City Marina · Atlantic City Borgata · 제천 출장안마 Harrah's 순천 출장샵 Casino Hotel · The 과천 출장안마 LINQ Promenade