Pages

Thursday, April 7, 2016

Batman v Superman: Dawn of Justice


Semalam hari Rabu baru berkesempatan nak layankan cerita Batman v Superman di Alamanda, Putajaya. Dah dengar ramai orang cerita yang cerita ni agak bosan. Tapi disebabkan memang aku ni kaki wayang, nak jugak aku gi tengok dengan mata sendiri.

Ini just pendapat aku je..

Pada permulaan ceritanya pun dah nampak agak berat, ada kekeliruan sikit untuk orang yang firstime layan cerita keluaran dccomic ni. Boleh dikatakan cerita ni sambungan dari cerita Man of Steel. Memang betul la awal cerita tu bosan sikit.

Part yang si Batman ni gaduh je yang best layan. Masa gaduh dengan Superman tu banyak tembus-tembus dinding je aku tengok. Ganas tapi tak begitu mengasyikkan untuk aku la.

Yang menarik perhatian aku cuma badan si Batman je, aku bukan gay ye. Aku agak kagum dengan pelakon Batman ni si Ben Affleck. Gila sado badan dia, berapa lama dia amik masa nak besarkan badan. Tapi sayang masa lawan rasaksa tu tak berapa nak ada fungsi la mamat ni. Nampak bodoh sangat kalau nak dibandingkan dengan Superman dan Wonder Women.

Watak Lex Luthor pun memang sesuai la amik mamat Jesse Eisenberg tu. Pandai dia buat watak psiko, gila kuasa. Stail menggigil-gigil macam lost control tu yang buatkan dia nampak lagi real dahagakan kuasa.

Watak Wonder Women masa hujung-hujung je baru nampak aksi dia, mungkin untuk episod akan datang agaknya. Kali ni sekadar pengenalan je watak dia tu.






Tuesday, April 5, 2016

Makan kat Balqis Restaurant Putrajaya

Assalamualaikum...

Setelah 7 tahun berkhidmat di unit lama akhirnya aku terpaksa akur untuk dipindahkan ke unit yang lain. Bunyi macam dipaksa je kan, alhamdulillah banyak yang aku belajar masa duduk kat unit lama. Aku seronok kat tempat lama dan seronok kat tempat baru.

Tempat baru bukannya jauh mana pun, masih dalam bahagian yang sama, cuma bertukar dalaman je. Jadi, sempena perpindahan dalaman untuk aku tu, unit lama aku buat la sikit jamuan perpisahan.

Tempat yang dipilih tu kedai nasi arab Balqis Restaurant di Ayer@8, Putrajaya.


Kedai dia simple, bersih dan terasusun. Amat2 selesa makan kat kedai tu. Cuma kalau pegi lunch akan rasa panas sikit la kalau duduk sebelah cermin yang menghadap view tasik putrajaya. Tambah dengan silau sikit.



Pilihan hati berkenan menu yang bernama Mandi Lamb with apple juice. Memang sangkut la kambing dia. Lembut dan tak 'berbau' kambing. Nasi dia pun panjang-panjang dan sedap. 


Habis je sesi mengisi perut, ada la pulak sesi penyampaian hadiah. Dan memang tak disangka-sangka hadiah yang aku dapat tu benda yang memang aku nak beli lama dah. Rod Shimano 6 kaki, fuhh... Memang tercapai la impian. 

Terima kasih kat bos, sebab tau minat anak buah ni, siap support lagi plak tu. Akan anak buah mu ini menambahkan lagi usaha untuk menaikkan ikan ke darat dengan lebih bnyak lagi. Dan bos boleh tggu la ikan free nanti.