Sejak dua menjak ni memang banyak gila syarikat bas ekspres ni tumbuh. Bagus untuk pengguna sebab boleh pilih perkhidmatan yang terbaik antara yang terbaik.
Macam aku ni memang arah tuju ke pantai timur je. So antara stesen bas yang famous kat KL ni kat Hentian Putra dan Kajang. Nasib baik la aku duduk kat Putrajaya. Ada jugak bas nak ke pantai timur yang masuk kawasan ni. Dan permintaan tiket takde la setinggi stesen bas yang lain.
Bagi aku kalau nak beli tiket bas ni bukan sekadar tengok bas tu cantik atau baru. Pada aku tempat rehat yang diorang sediakan pun bagi aku penting jugak. Bukan nak menjatuhkan mana-mana syarikat bas, cuma perlu ambil berat tentang keselesaan penumpang untuk berehat sama.
Macam yang paling aku selesa bas Mutiara. Bas okey, cantik dan baru. Yang paling penting tempat rehat dia di R&R Gua Musang yang baru. Surau luas dan selesa, tandas yang banyak dan dijaga, dan food court yang bersih dan pelbagai jenis makanan ada dijual.
Untuk sesetengah syarikat bas yang lain boleh ambil contoh ni untuk menarik minat masyarakat menggunakan perkhidmatan anda. Sebab, selain dari tempat rehat ni bas lain akan berhenti di kawasan Merapoh, kalau nak ikutkan kemudahan yang disediakan memang mengecewakan. Tandas kotor, kelengkapan solat berbau dan bersepah, makanan mahal dan paling penting harga memang tak kena dengan standard makanan.
Bukan nak jatuhkan perniagaan melayu. Tapi tambah keperihatinan terhadap masyarakat. Insyaallah akan ramai lah masyarakat akan guna khidmat kita. Bila khidmat kita sentiasa di guna pakai yang untungnya syarikat bas tu sendiri. Jangan kembangkan dengan tambah bilangan bas, servis pun mau kemas.
No comments:
Post a Comment