Alhamdulillah dah masuk hari ketiga kita puasa, malam pertama sempat berjemaah kat surau kuarters. Dan sambutan sangat-sangat menggalakkan. Semangat nak terus bangun solat datang sendiri bila tengok jemaah ramai. Budak-budak tak kurang jugak yg datang, jemaah perempuan pun ramai wife aku cakap. Sampai penuh bahagian wanita tu.
Malam kedua terawih aku terpaksa cuti atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. So backup kat umah je.
Malam ketiga curi peluang untuk ke masjid besi. Kagum dengan orang kita, ramai yang sedar akan keberkatan bulan ramadhan sebab sampaikan jem jalan nak masuk ke masjid, dah macam nak solat jumaat pulak.
Walaupun lepas rakaat kelapan tu tinggal separuh je, dan parking kereta pon tinggal 2 ke 3 bijik kereta je sekurang-kurangnya mereka mencuba sebaik mungkin.
Yang best kat masjid besi ni solat di imamkan oleh imam mesir. Syahdu je bacaan dia. Cara tarik bacaan dia tu boleh menusuk kalbu. Nak menitik air mata masa solat tu.
Alhamdulillah syukur kerana masih diberi peluang untuk meras berkatnya ramadhan kali ini.
No comments:
Post a Comment