Pages

Tuesday, June 21, 2011

Serunding Kelantan

kepada kwn2 yg dah penah smp ke Kelantan atau yg baru planning nak ke Kelantan pada cuti akan datang aku nak bg info sikit kat mane korg boleh cari serunding terbaek dari negeri serambi mekah ni...


mula2 sekali kalau korg nak cari tempat ni,korg kene amik jalan ke Rantau Panjang,dalam perjalanan tu korg akan lalu kat roundabout Pasir Mas,kalau korg dari Kota Bharu korg amik cabang pukul 12,lepas je roundabout tu korg pandang je belah kiri dan korg akan nampak umah kaler hijau mcm gambar diatas.


kat situ xde tempat park kereta,korg terus je park tepi jalan tp kene hati2 la sbb kereta bnyk jalan tu,so tempat urus niaga serunding tu kat tepi umah tu,umah besar tu umah taukey serunding tu la..hehe


yang free hair pakai kain batik tu la tuan punye tempat,amacam?sempoi x tuannye?aku x ingat ape namenye tp die kawan dgn kakak ipar aku,so dapat layanan istimewa la sikit,xpayah nak kene beratur panjang...hehe,tu je..harga tetap sama,x mahal pun mmg berpatutan..mcm2 jenis serunding ade.

ruang urusniaga serunding dan tempat proses..

rumah tuan punya tanah..

saje nak bergambo..

Friday, June 17, 2011

Pengenalan Gym KBS





gambar2 ni adalah pemandangan dalam gym KBS Putrajaya

  • Terletak di Presint 4 dalam bangunan Menara KBS aras 1.
  • Dibuka setiap hari.
  • Bayaran yang dikenakan cuma RM3 saje untuk org awam dan untuk student RM2.
  • Shower disediakan untuk yang nak bersihkan badan lepas bersenam dalam bilik persalinan. 
  • Tuala kecil dan pemakaian kasut adalah wajib dibawa atas faktor2 kebersihan dan keselamatan.
  • Loker untuk letak barang masa bersenam kunci boleh mintak pada kaunter depan.
  • Untuk yang nak jadi ahli gym bayaran untuk bulan pertama RM45 iaitu pendaftaran dan kad ahli RM15+RM30 yuran bulanan,bulan berikutnya RM30 sahaja. 
  • Waktu operasi 12.45tgh hari sampai 2 ptg, 4 ptg smp 7 malam, dan 8 malam sampai 10 malam.

Wednesday, June 15, 2011

Game Antara Blogger : Segera !


klik sini kalau nak join

Emas Jongkong

selamat hari rabu kawan2...

ok,cerita pagi ni nak bgtau pasal emas..untuk makluman semua pada yg x tau sy ni dealer Public Gold tu yg nak kongsi info pasal emas sikit2,pada yg nak tau la...jadi,ceritanya baru2 ni pihak public gold baru keluarkan produk diorg emas jongkong seberat 10 gram.

jadi semalam hari selasa,waktu rehat aku sempat la ke cawangan public gold kat sunway atau lebih tepat kat mentari business court untuk amik stock gold bg customer aku..die order emas 10 gram 2 keping,aku x penah tgk lagi barang nye besar mane..so ni yg nak kongsi dgn korg semua...





perbezaan nye just kecik sikit n nipis sikit je dari emas jongkong 20 gram...pada yg nak order blh la contact sy.

Tuesday, June 14, 2011

Jadi Ahli Gym 1 Malaysia

salam semua...

dengan bangganya aku nak ckp aku dah jadi ahli sah kelab gym 1malaysia kat bangunan KBS Putrajaya semalam..hehehe,bulan pertama bayar rm45,bulan seterusnya rm30 je,murahkan?




bukan ape,selama ni aku duk pegi main kat gym tu secara part time je,rase mcm ade mood baru aku pegi kalau xde mood..ha,paham2 je la ye,tido dan makan je..so,dengan menjadi ahli ni ade gak la motivasi untuk diri aku ni sikit untuk makin rajin menjaga kesihatan,dan kali ni aku akan bina badan aku secara serius dan akan diajar oleh member opis aku.

so kawan2,mari la kita same2 menjaga kesihatan sbb nye kesihatan diri kita tanggungjawab kita sendiri dan yg paling penting ianya tidak ternilai untuk dibandingkan dngan wang ringgit..

Putrajaya terima gegaran

Pagi tadi .. lebih kurang jam 8.10 pagi, Putrajaya digegarkan dengan satu gegaran gempa bumi. Menurut dari apa yang saya baca, gempa bumi ini berpunca dari siri gegaran di utara Sumatera, Indonesia dengan kekuatan 5.3 pada skala Richter.


gempa bumi putrajaya Malaysia

Gegaran itu dikesan berlaku pada jam 00:08:33 UTC ( 1.826°N, 99.082°E), 22.6 KM dibawah permukaan bumi.

Friday, June 10, 2011

Peminat Emas

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat..

Berita baik untuk peminat2 emas Malaysia,jadual seminar emas untuk bulan Jun ini dah dikeluarkan oleh Mr.syukor. So, kepada kawan2 yg berminat untuk tau lebih lanjut tentang emas,tak kira la samada nak meniaga atau nak simpan sendiri u all blh la dtg ke tmpat2 yg tertera dlm jadual tu,ceramah ini akan disampaikan oleh Mr.Syukor sendiri dan beliau ialah otai emas Malaysia,kemasukan percuma cuma kena daftar awal la,maklumat lanjut klik Jutawan Emas

pada sape2 yg nak beli emas dgn aku pon boleh...emas 100% pure gred 99.9 atau 24k,keluaran kilang emas terbesar di Malaysia kat Penang dibawah naungan Public Gold. Kalu nak tau pasal harga semasa emas korg blh rujuk kat sini harga tu harga emas dunia dan ianya sentiasa di update setiap 20 minit. Nak tnye pasal emas pon blh,aku akan cube bantu sebaik mungkin secara percuma..

Kalau korg nak tau pasal emas ni dulu blh bace entry ni pengenalan jongkong emas dan pilihan ditangan anda baca dulu dan fikir2 kan lah..kalau rase dah ready nak buat simpanan untuk mase depan yg cerah korg blh tggl kan no handfon atau ape2 pertanyaan di ruangan komen di bawah..aku akan follow up..jangan malu dan jangan segan.

Sekian.

Thursday, June 9, 2011

PUJI ATAU KRITIKLAH ENTRI KU INI ..




Berdasarkan gambar ni , karangkan satu entri dan kaitkan dengan dunia blogger .. Tidak lebih 100 patah perkataan ..

ape yg blh aku ceritakan disini blogger dah makin ramai bersusun dalam dunia maya ni...cuma kita sbg blogger kena la ikut cara yg betul,jngan main redah je sambil mencari kesalahan org lain semata2 untuk kepuasan diri kita sendiri,pastikan kita menjadi blogger yg berkualiti bukan sekadar menambah kuantiti blogger aje..bila kita pandang cermin renung2kanlah diri kita sama sbb ramai yg akan perhatikan kita dari belakang,ada yg nak berkawan dan ada yg sebaliknya dan ramai yg akan ikut kita kalau ape yg kita buat kat blog kita tu sesuatu yg memberi manfaat ..hehe,sekian terima kasih...sekadar pandangan je ye kawan2.

nak join??? klik kat sini serta merta!!!  

   

Lemau mcm biskut

Selepas seminggu aku cuti rehat hari ni baru la betul2 aku masuk kerja...rase lemau pun ade dah macam biskut marry cicah milo dah...tp,demi amanah yg telah diberikan kepada aku,aku dtg gak keje pagi ni...

pagi ni dtg keje tgk atas meja bnyk gak dokumen2 baru sampai..kerja2 yg bos aku bg pon x sempat nak setel lagi...aduh,mood tlg la dtg padaku...hehe,mcm cite seru la plak kan,ni lemau kes malam td pegi midnight dgn wife aku kat alamanda,mula2 nak tgk la preview KL Gangster sekali penuh la pulak..so,yg ade citer Kungfu Panda,ok gak la..kelakar,sesuai untuk tontonan kanak2..sape2 yg ade anak blh bawak p tgk,mesti dgn mak n ayah nya sekali gelak terbahak2..hehe

tp sebagai mak ayah jgn gelak je terap kan nilai2 murni yg ade dalam cerita tu untuk anak2 kita..supaya besar nnt diorg tak jadi org2 yg sombong,tamak,pentingkan diri sendiri mcm siburung merak dalam cite tu ye..hehe

ok2,mase untuk bekerja skrg nih..

Tuesday, June 7, 2011

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK



jom join sama...

dah lame aku x update blog...sibuk balik kampung,4 hari kat sane langsung tak sempat...mane tak nya dengan majlis aqiqh anak2 buah nye,member2 kawin nye...hehe,so hari ni round2 blog brader ben ade segmen baru,terus join...hehehe,sape2 nak join blh klik link kat atas tu.