Pages

Monday, February 28, 2011

Makan-makan



26.02.2011- Hari sabtu lepas pagi-pagi lagi aku dengan peneman setia aku keluar pusing bandar baru bangi,asalnya nak pegi cari mesin basuh kat area seksyen 4 tambahan,so teringat pulak kat Nasik Kukus yang ade kat area tu jugak..memang dahsyat penangan lauk-lauk kat sana..harga pun takde la mahal memang berbaloi.



Agenda seterusnya mencari kedai letrik yang kakak ipar aku bagitau,katanya ade clearance stock,aku pun terus pegi serang and dapat la sebijik mesin basuh automatik jenama panasonic dengan harga RM650 je..dah puas usha semua barang yang ade dalam kedai tu aku pun membuat bayaran dan bergerak ke destinasi berikutnya..tapi sebelum tu nak bagitau layanan brader yang jaga kedai tu memang terbaik,layan je ape yang kitorg tanye,hahaha..syok2,nasib baik aku tak amik set home theater...hahaha



Kitorang plan nak pegi lepak kat umah kakak ipar aku tu kat Bandar Seri Putra tempat bersejarah aku tu,sebab aku dengan orang umah aku dulu same-same belajo kat kolej yang ade kat sane tu,so sebelum keluar dari Bandar Baru Bangi tu aku teringat plak murtabak singapura yang terletaknya kat seksyen 15,dekat dengan petronas lepas roundabout tu je pun,ape lagi aku terus cargas la ke sana..memang ramai orang kat sane,biase la kedai yang dah penah masuk program jalan-jalan cari makan anjuran TV3,sampai je aku terus masuk barisan..tengok harga boleh tahan aku pilih yang 2 layer punya RM8 je sekeping,aku rembat la 2 bijik,untuk fameli akak ipar aku sekali,besar gedabak murtabaknya siot..sedap,kuahnya pun menarik..yang menjadi masalahnya kedai tu,slow sikit la die punya servis,penat den tunggu bini aku pun dah lenguh-lenguh kaki dah..hahaha,lepas dapat terus pegi ke tempat yang dihajati,lepak sampai pukul 5 lebih gak la.


Seterusnya pusing ke Nilai pegi melawat housemate dolu-dolu,saje nak tengok muke kengkawan,hahaha...dah muak tengok muke diorang aku terus shot balik umah,malam tu lepak sambil tengok tv sebab perut pon dah konyang,tapi tibe-tibe plak chef aku buat mee goreng,ape lagi aku bedalkan aje la...hahaha,tido kekenyangan.

Macam mane nak kurus???hahaha...

Sekian.





Friday, February 25, 2011

EMAS????




Ape yang korang tau pasal emas???

Hari ni aku nak sembang pasal emas sikit,ape yang kite semua tahu la kan emas ni sangat2 bernilai dan memang tak ada tolok bandingnya lagi.Emas ni besi yang paling berharga dalam sejarah bumi ni sejak dari zaman firaun lagi emas ni dah start orang guna untuk digunakan dalam urusan perniagaan dan juga emas ni lambang kekayaan orang zaman hari tu, tapi jangan silap..bukan zaman tu je,sampai ke saat ni sekalipun sesiape yang ade banyak emas dalam simpananya dia akan digelar orang kaya.

Sebab ape aku cakap macam tu?sebab emas ni satu2 nya barang yang tidak boleh dibinasakan,katakan la korang jemur seketul emas jongkong kat tengah panas selama bertahun2 dan lepas tu korang pegi tengok balik hasilnya..ape jadi??? tak terjejas pon kawan2..warna tak pudar,tahan lasak,nilai nya pulak sejak zaman dulu sampai sekarang meningkat je..hebat nye la emas ni kan.

Tapi kita jangan lupa kawan-kawan,emas tu asalnya dari mane?siapa yang cipta emas tu sampaikan boleh bernilai begitu rupa..semua tu kuasa ALLAH s.w.t..tanpa-Nya,tidak wujud la besi yang bernama emas itu.

Jadi untuk berkongsi pasal kekayaan ni, sesama la kita simpan emas sebanyak yang kita mampu,insyaallah akan datang aku akan bergelar tokey emas..hehe

Sekian dulu dari aku..wassalam.






Thursday, February 24, 2011

Wayang minggu ini - Sanctum 2011

Assalamualaikum semua,

Semalam hari Rabu jadi kebiasaannya hari rabu ni tiket wayang jadi murah RM6 je,jadi semalam aku kuar la dengan bini aku pegi tengok wayang...cite hangat minggu ni bertajuk Sanctum,cerita yang mengisarkan tentang pengkaji atau penyelam yang masuk ke dalam gua yang paling besar ataupun ibu segala gua,cerita ni diilhamkan dari kisah benar.

Kami start masuk pukul 9.45 malam n aku pilih untuk tengok versi 3D,macam syok sikit la,padahal tiket panggung biase dah habis licin..hahaha.

So layan la cite ni,cerita ni memang menarik sebab ada adventure,tragis,ngeri sebab tu cerita ni untuk 18 tahun keatas aje..tengah-tengah duk layan cerita ni sampai kat satu part ni minah yang bernama Victoria ni nak buat repailing turun dari bahagian atas gua ke batu seakan2 platform mase tu tngan dia jadi kebas sebab kesan hibernasi terlalu sejuk dengan air gua tu,kaki pun menggigil dia terlepas tangan dari tali n kaki dia pun tergelincir tiba2 rambut dia tersangkut kat pengikat tali tu,ape lagi menjerit la kawan tu,berdarah sebab kulit kepala dah nak tertanggal dia pun nekad kuarkan pisau untuk mengerat...nak tau lebih lanjut pegi tengok sendiri..hahaha,yang aku nak citekan ni orang sebelah aku pompuan arab menangis teruk sampaikan terpaksa keluar panggung tengok part tu, tak tau la sebab ngeri ataupun terlebih emosi sebab same2 kongsi rasa dengan Victoria tu..

Cerita habis tepat jam 11.50 malam..memang best,lepas ni harap2 cerita melayu boleh buat grafik n background macam cite omputih ni.

Sekian.

Movie synopsis: The 3-D action-thriller Sanctum, from executive producer James Cameron, follows a team of underwater cave divers on a treacherous expedition to the largest, most beautiful and least accessible cave system on Earth. When a tropical storm forces them deep into the caverns, they must fight raging water, deadly terrain and creeping panic as they search for an unknown escape route to the sea. Master diver Frank McGuire (Richard Roxburgh) has explored the South Pacific's Esa-ala Caves for months. But when his exit is cut off in a flash flood, Frank's team--including 17-year-old son Josh (Rhys Wakefield) and financier Carl Hurley (Ioan Gruffudd)--are forced to radically alter plans. With dwindling supplies, the crew must navigate an underwater labyrinth to make it out. Soon, they are confronted with the unavoidable question: Can they survive, or will they be trapped forever?





Tuesday, February 22, 2011

Perjudian Zaman Sekarang

22.02.2011 : Kalau dulu org nak berjudi kene pegi ke pusat-pusat perjudian dan sape-sape yg nak ke sane kene prepair duit sebanyak yang mungkin,kalau nasib baik hari tu bagus, bawak balik la duit haram ratusan ribu ringgit kadang-kadang cecah jutaan ringgit,kalau tak ade tuahnya rugi nya pun ratusan ribu ringgit,silap hari bulan kena pinjam plak duit dengan lintah-lintah darat yang sentiasa je menawarkan perkhidmatan pinjaman sementara..kesannya nanti smp ke tanah terpaksa digadaikan, lagi teruk bini pulak yang jadi mangsa macam dalam drama-drama melayu tu.

Tapi zaman sekarang dah lain,sape-sape yang dah lame berjudi dan nak kurangkan kemaruk teruk tu atau pada yang baru nak memulakan karier dalam bidang perjudian ni dah blh main judi online..free pulak tu!!!

Chip pulak casino dah sediakan siap2,agak-agak kalah teruk boleh mintak dengan kawan-kawan yg dah kaya..xpayah nak bergadai ape-ape yang berharga,tapi ape yang tergadai masa dengan keluarga,duit letrik,aktiviti yang lebih sihat macam bersenam dll.

Masalah yang paling besar kat sini,aku pun dah terjebak sama...macam mane tu???aduyai!!


Inilah dia penyakit zaman la ni. ZYNGA POKER!!!

Monday, February 21, 2011

Survey di Sony ericsson


Tarikh : 20/02/2011
Lokasi : Sony ericsson Alamanda

Semalam aku dgn wife saje2 la try riki handphone sony tu,agak mengiurkan jgk la..tapi harganya pon agak cantik RM1499,tujuan asal nak cari handphone untuk wife je,tgk mcm berkenan untuk diri sendiri.Nampak gayanya tak lama lagi ada la kat tangan aku ni ha...dah start gatal2 dah tapak tngan ni.

Ni la handphone yang nak dibelikan untuk wife,lebih berteknologi la katekan. Harganya RM799 buatan Midland atau original sony punye produk.



Still lagi pusing2 kat Alamanda,singgah plak kat kedai nikon..saje pegi jamah Nikon D90 ni,harga RM3888 untuk installment 24 bulan sebulan bayar RM240 hengget.Tapi yang ini kene belajar dulu cara guna,kalau beli tak reti guna macam bagi orang zaman batu main handphone 3310 la jawabnye.

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold

19/02/2011 : Aku bersama dengan wife telah ke Public Gold Office 42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3), Mentari Business Park, Bandar Sunway untuk mengikuti seminar seperti tajuk yang diatas.
Kami bertolak dari rumah tepat jam 1400 dan smp ke destinasi tepat jam 1500,seminar tu start pukul 1500 memang kira ngam2 la smp kat sane org baru nak mula bg ceramah.

Ceramah atau seminar tersebut telah dismpkan oleh En.Syukor Hashim seorg bekas pensyarah di MMU kampus Melaka dan sekarang beliau dah menjadi pengkaji perniagaan emas kat Malaysia ni dan beliau empunya laman sesawang www.jutawanemas.com.

So ceritanya,bnyak la info2 yang disampaikan oleh beliau pada kitorg ni yg baru nak menapak dalam bisnes emas ni..yg berbaloinya seminar tu adalah PERCUMA!!!
Sepanjang 2 jam bersama beliau sambil berdiri sebab bilik seminar tu penuh dan padat dengan org kitorg jd x jemu dgr beliau bercerita tentang emas ni..mase tu otak masing2 dah jadi kuning keemasan.masing2 tujukan soalan kepada penceramah tu sbb nak tau sngt pasal kuasa emas ni..menurut penceramah tu emas ni PENARIK KEPADA KEKAYAAN..tersentap aku dgr,betul ke???
Mmg hebat kuasa emas ni...so kawan2,tggu aku jd tokey emas dalam mase terdekat ni ye.
Sekian dulu.

Tuesday, February 8, 2011

Makan Malam

Assalamualaikum teman-teman..

Malam ni baru balik dari dinner di PICC sempena persaraan Dato mantan akauntan negara, temanya jasamu dikenang..
Rasa kehilangan beliau amatlah dirasai,selepas hampir 34 tahun beliau berkhidmat sebagai penjawat awam.

Ramai tetamu yg dtg kali ni,masing2 bergaya dgn baju batik...
Aku pegi sane naik motor je pasal dekat sngt dengan umah, berkumpul dgn member2 kat luar pintu masuk sekejap lps tu pakat masuk dalam dewan ramai2..mmg grand la.

Amik meja yg paling penting,sekali masuk semua meja yg belah belakng dah ade yg book..penuh dgn hand bag je tp tuan2 kpd hand bag tu xtau kat mane,so tepakse la kene duduk kat meja depan... yg best nye tgk kugiran buat show,clear sbb duduk kat depan skali.

Tggu dato n akauntan negara berucap,masing2 dah terbayang makanan yg ade kat gerai2 dalam tu sbb diorg buat 'ala carte'..lps je upacara penyampaian cenderahati semua terkam makanan.

1st round - char kuey teaw
2nd round - kambing panggang black pepper
3rd round - nasik minyak+ayam masak merah+dagng kambing panggang+popia basah
4th round - buah-buahan
mmg kenyang tahap max smpkan nak duduk pon x blh..lepak2 jap dgr kugiran mendendangkan mcm2 lagu lps tu balik.

Monday, February 7, 2011

Budak baru belajar

Salam kepada kawan2...
Pertama kali buat blog sendiri n saje2 nak belajar..
Baru nak celik IT macam org lain...
So,buat mase ni blm ade pape yg nak diceritakan lagi..
sekian..