Pages

Friday, January 29, 2021

Swab di PKD Putrajaya

 Sambungan dari cerita kontak rapat yang lepas,

Lepas adik aku setel buat swab kali kedua kat KK Lembah Pantai, petugas kat sana suruh dia balik. Dia inform kat kitorang yang orang kat sana tak ambil nama kontak rapat dengan dia, sebab dia dah buat list nak serahkan pada KKM.

Jadi kitorang ni pun buat keputusan untuk hubungi PKD Putrajaya, aku cari nombor pejabat PKD tu dalam internet je. Bila dah dapat aku cuba call, bukan senang nak dapat bercakap sebab sibuk talian tu. Bila dapat bercakap dan aku terangkan pada petugas tu, dia bagi nombor telefon lain untuk aku hubungi.

Lepas cuba banyak kali dapat la bercakap dengan doktor, terangkan yang kitorang kontak rapat semua. Ada simptom ringan jugak macam pening, sakit kepala dan sakit badan. Doktor tu mintak aku bagitau detail semua orang dalam rumah. Lepas tu doktor tu set kan tarikh 21 haribulan kena swab kali kedua.

Hari kejadian kitorang keluar seboleh-bolehnya tak nak bertembung dengan jiran-jiran. Walaupun kita dah pakai mask, tetap rasa kena elak dari susahkan orang lain. Aku siap bawak kayu cungkil gigi untuk tekan butang lif. Kot-kot la result sebelum ni virus belum aktif so kitorang ni negatif. So kali ni kena lebih berhati-hati.

Sampai kat PKD Putrajaya Presint 11, lokasi dia senang je. Sign dia kat belakang kompleks kejiranan Presint 11 tu. Naura memang tak tau pape, so seronok la dia dapat keluar rumah dan naik kereta. Bila sampai kat sana pelik la dia sebab nampak orang pakai kostum PPE putih full tu. Naura dah mula duduk diam tengok keliling.

Lepas setel pendaftaran semua, kitorang pun tunggu turn. Nama aku kena panggil sebagai wakil, petugas tu terangkan apa yang kena buat. Petugas semua cakap lembut je, baik-baik. So, aku kena la turunkan tanda tangan dalam surat untuk kuarantin. Lps tu panggil yang lain-lain untuk kena pakai la gelang pink.

Setel pakai gelang pink, tunggu nama kena panggil masuk untuk kena jolok hidung dengan tekak pulak. Mula-mula nama aku, lepas tu gilir-gilir. Last sekali nama Naura, aku dukung dan ajak wife aku masuk sekali. Risau aku tak boleh nak pegang sorang. Wife aku pegang kaki dan aku peluk badan dan pegang kepala Naura, sekejap je. Tapi disebabkan budak-budak tak tau apa, diorang takut la. Meraung la Naura dalam tu.

Siap tu, terus balik. Tggu pulak keputusan..

Tuesday, January 19, 2021

Kontak Rapat Pesakit Covid

Ahad, 17 Januari 2021

Hujung minggu lain dari biasa, aku dan famili buat keputusan untuk buat swab test utk covid. Keputusan ni kitorg buat selepas tau adik aku yang no.4 positif covid-19.

Nak dijadikan cerita, ada 2 kisah kitorang ni.

Kisah pertama, petang Khamis 14 Januari sebelum asar aku balik dari pejabat. Wife aku bagitau yang dia dapat wasap dari bos. Bos wife aku ni close contact dengan pesakit covid yang dah positif, iaitu boyfriend dia.

Wife aku terus tak lalu makan dan cuak sebab dia ada bersembang hal kerja dengan bos dia di ofis. Yang dia risaukan anak kitorang. Menangis la wife aku tu sebab kesiankan Naura kalau kena swab nanti.

Terus la wife aku buat keputusan kuarantinkan diri dia dalam bilik. 

Jumaat 15 Januari aku buat keputusan tak masuk ke pejabat, kerja dari rumah je. Kehidupan diteruskan macam biasa. Then tiba-tiba adik aku announce dalam group adik beradik yang dia tak boleh bau pape. Dia cium apa pun takde bau. So kat sini bermula kisah kedua kami.

Kitorang pun cari la simptom covid ni, rupanya hilang deria bau ni boleh dikatakan peringkat yang agak kritikal. Kitorang pun sepakat la suruh dia buat swab test. So sabtu pagi dia terus ke klinik dekat dengan rumah dia. Dan keputusan dia memang positif covid-19. Itu pun dapat result positif tu dah dekat maghrib.

Melopong la kami adik beradik ni sebab last jumpa dengan dia hari rabu. Termasuk la dengan orang tua aku last jumpa dia hari selasa pagi sebelum diorang gerak balik kampung. 

Malam tu aku wasap bos aku inform pasal aku adalah kontek rapat dengan adik aku yang dah positif. Bagitau unit admin sekali dan lepas tu explain kat orang tua aku yang adik aku tu dah positif. Wasap aku tu jadi viral malam tu dikalangan orang-orang ofis. Aku bagitau jugak dengan kawan-kawan aku yang aku jumpa dalam tempoh seminggu.

Wife aku terus set appointment dengan klinik kat putrajaya ni yang buat servis swab ni. Disebabkan gaji pun lambat lagi kitorang buat ujian RTK antigen je, kos murah sikit dari PCR. 

Ahad 17 Januari, Pagi- pagi lagi aku dah call Klinik Kesihatan Kota Bharu nak set appointment untuk orang tua aku, rupanya kat sana boleh terus walk-in je. Pagi tu diorang pun naik motor pegi swab, explain kat petugas front liner kat sana. Dan kompem diorang kena swab. Kami kat Putrajaya ni pun sama swab, nak sedapkan hati yang gundah gulana ni. Setel swab masing tunggu result, petang tu memang mendebarkan, akhirnya dapat result yang kami semua negatif. Tuhan je tau macam mana perasaan masa tu. Petang tu jugak adik aku yang kat Klang bawak famili dia pegi swab test, adik aku negatif sebab buat RTK jugak, anak dengan wife dia lambat sikit sebab buat PCR.

Petang Ahad tu adik aku yang positif dapat panggilan dari Klinik Kesihatan Lembah Pantai untuk buat swab lagi sekali under KKM. 

Isnin dia ke KK Lembah Pantai untuk swab test, orang beratur sangat ramai. Macam-macam kes ada, ada yang pegi baru nak swab, ada yang baru nak pakai gelang pink dan ada yang dah nak potong gelang pink. 

Petang tu dia dapat result melalui sms dari KKM dan dia disuruh untuk update My Sejahtera. Diorang akan pantau pesakit covid ni melalu aplikasi tu je. Ada task dan soal jawab yang pesakit kena buat.