Pages

Thursday, August 21, 2014

Mamai

Memulakan hari yang indah memerlukan hati yang tabah untuk sentiasa kekal ceria dan gembira. Sedikit kesilapan yang berpunca dari diri sendiri atau orang sekeliling mampu merosakkan keindahan hari yang bakal di lalui.

Untuk mengharapkan masyarakat memahami apa yang terpendam dalam isi hati kita memang mustahil melainkan dengan luahan dari tutur kata samaada baik atau kesat. Dan untuk menjaga perasaan orang lain adalah tidak mustahil kerana kita dikurniakan akal fikiran untuk menilai dan menimbang yang mana sepatutnya atau tidak dilakukan.

Setiap ciptaan dan anugerah kepada makhluk adalah amanah dari yang maha kuasa. Setiap makhluk yang ingin mengambil amanah makhluk lain dengan niat untuk meminjam mereka perlu meminta izin terlebih dahulu atau mereka akan digelar sebagai zalim.

Lintas langsung dari kepala aku yang tengah mamai sebab terlelap kat meja ofis. Entah ape yang lalu aku pun tak tau..main taip je. Semalam pegi tengok wayang cerita Into the Storm. Memang real dan dahsyat.


No comments: