Pages

Tuesday, November 19, 2013

Mencari karpet di Nilai 3

Assalamualaikum

Cerita ni dah lama sebenarnya, aku ke Nilai 3 hari tu bukan ada tujuan ape pun. Saje nak meroundkan diri sebab keboringan yang teramat sangat. Sesampai je aku kat sane pusing sampai pening berjalan pilih baju bagai dan bila nak keluar dari kawasan tu terpikat pulak nak tengok karpet.

Wife aku pun pancing nak tengok alas kaki katanya, so masuk la kami ni ke gedung karpet sebelah kiri jalan tu. Memang bagak punya besar tempat ni. Dah nama pun gedung kan.

Layan gambar dulu..










Kualiti tak payah cerita la, memang terbaek. Nak yang harga berapa boleh pilih. Ready je bajet korang berapa hengget.

Kalau korang masuk tempat ni korang tak payah nak memenatkan diri nak belek karpet tu sendiri, korang masuk je tempat ni akan ada sorang staff diorang akan follow. Dia akan layan korang ape je yang korang nak.

Dah puas memusing dalam tu, tersambar la jugak karpet RM168 punya harga yang kononnya nak beli alas kaki awal-awal tu.

Staff dia siap hantar sampai ke kereta karpet tu, korang cuma akan letih otak je nak memikir karpet jenis ape yang korang nak.

1 comment:

farouq said...

as salam bro, lokasi nye kat mane? kalau tekan kat waze atau papago?