Assalamualaikum...
Alhamdulillah sabtu lepas berjaya jugak aku dan wife buat open house walaupun hakikatnya syawal sudah pun berakhir. Ramai jugak yang tanya, open house sempena ape.. jawapan aku senang je, ready untuk raya haji. Kiranya raya haji nanti tak payah la aku buat open house lagi dah..
Ramai teman-teman dan jiran sekuarters datang untuk memeriahkan majlis, sampai pukul 10.00 malam orang datang. Meriah la rumah aku masa tu, sebab biasanya aku dengan wife je dalam rumah. Riuh rendah suara budak-budak yang buat aku lagi hepi.
Jamuan ni mungkinn tak kan jadi kalau mak mertua dengan adik ipar aku datang. Memang di import khas sempena open house ni. Nak harapkan wife aku buat sorang memang tak larat la dia. Aku ni setakat tukang beli dengan angkat barang boleh la. Nak masak memang jauh sekali.
Antara juadah yang sempat dihidang nasi hujan panas, laksa penang, rendang ayam, daging kerutuk , ayam masak merah, nasi impit, kuih muih, tembikai sebagai pencuci mulut dan beberapa juadah sempena buah tangan tetamu pun aku letak sekali atas meja bagi orang rasa. Semuanya licin. Siapa yang sampai lewat hari tu mintak maap la ye sebab makanan orang lain dah sapu awal.
No comments:
Post a Comment