Alkisahnya aku nak cuci gambar pengantin untuk buat prop kat photo booth bini aku, gambar tu pulak ada kat dalam hanphone aku. Aku terus la tuju ke kedai gambar, sekali org tu cakap kalau gambar tu dalam tepon dia tak boleh nak cuci walaupun ada kabel. Alasan dia sebab takde driver. Sebab ape aku cakap alasan? sebab tepon aku ni bukan nya canggih sngt sampai nak pakai driver.
Aku dgn wife cari idea, tanya kat booth2 yg meniaga kat kaki lima tu sbb nampak ada laptop. Aku tanya dan jawabnya laptop dia tengah 'hang'@jamm. Aku dah makin serabut sbb nak ke rumah pengantin lagi jamuan nak start pukul 12 tgh hari.
Call member yg ada pc kat umah, member ckp ok. Aku dah berlari sampai ke kereta sekali pusing belakang wife aku dia singgah tanya kat kaunter ape mende ntah, dan org tu bgtau kat P2 ada mailbox kat sana boleh transfer data. Terus aku tuju je.
Sampai je terus tanya boleh ke nak guna pc? brader tu cakap memang disediakan untuk org guna dan caj RM 1.50 untuk 15 minit pertama. Dan aku apa lagi terus cucuk kabel la dan transfer. Dah siap suruh wife aku pegi kedai gambar tadi tu dulu, aku bayar dan call member cancel pegi umah dia.
Cuci gambar pulak amik masa setengah jam. Apesal la lama beno. Dia cakap standard prosider.. puii, mcm la aku tak penah cuci gambo. Tapi nak buat gena, asal dia cuci je dah cukup. Sementara tggu pegi sarapan kat Subway.
ini lah tempat transfer data kat alamanda, satu2 nya kedai yang sediakan perkhidmatan mcm tu.