Pages

Monday, October 31, 2011

Toriko 163 & Fairy Tail 257











Sunday, October 30, 2011

Makan tengah hari

salam semua...

dihari ahad yang mendung sepanjang hari ni aku saje je nak menaip...hehe,takde topik yang best sebenarnya tu yang main letak je title tu...hari ni lepas zohor aku dengan mis wife kelaparan,bukan malas nak masak tapi saje nak makan kat tempat2 yang baru...

mula2 ingat nak try pusing kat Alamanda,tapi mis wife ckp dah selalu sngt makan kat sana,lagi plak kalau makan kat sana kompem la makan fast food je,so kitorang ambik keputusan ke Presint Diplomatik..ingat nak makan nasik kukus kat kedai Nasik Ulam Ieda,tapi parkingnya jauh sangat jadi kitorang  'termasuklah' kat kedai 1 ni...

kedai nasik ayam kampung kalau tak silap namanya,kedai baru kot sebab tak ramai pon orang masa tu...staff diorang lagi ramai dari pelanggan...hehehe

jadinya,selepas membelek buku menu dari depan kebelakang,dari belakang ke depan terjempalah menu yang agak menarik...set A (nasik,sup campur,ayam padprik,telur bungkus dan sayur campur goreng) hanya dengan harga 19.90 je...ingatkan utk sorang makan,tapi makan 2 orang makan pun dekat2 tak habis,nasiknya membukit,supnya dah macam setempayan...mmg puas hati beb...sebab diorg letak dalam menu tu set A untuk sorang makan,aku pun dah set la nak makan ala kadar je,hehehe...tapi tak jadi nak ala kadar...
selepas kekenyangan kitorg gerak ke Mydin Mart dekat area tu jugak...shopping sikit2 lepas tu balik lah...hehehe,dapat beli air mineral Spritzer botol besar 1...untuk minum seminggu,hehe..terbaek...


  

Solat Dalam Kenderaan


DIRIWAYATKAN daripada Jabir r.a: "Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah)."

Riwayat: Al-Bukhari

Huraian Hadis klik sini

Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi SAW :"Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu ? Nabi SAW menjawab: Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.

Kepentingan solat memang tak dapat kita nak sangkalkan lagi...sebab solat tu tiang agama,andai kita tinggalkan solat maka runtuhlah agama...solat jugak salah 1 rukun dalam rukun Islam yang 5.
Islam itu mudah,berbalik kepada kita macam mana kita nak bentuk diri kita sendiri untuk menjaga solat.Tujuan kita bersolat sebab untuk sujud dan mencari redha Ilahi,untuk yang tinggalkan solat tu,cukupkah kita menerima redha Allah untuk hidup seharian atas muka bumi tuhan ini?
renung-renungkan ye...

Thursday, October 27, 2011

The Red Worrior






segala spekulasi dah selesai...
TRW tetap kekal dengan ahli sebelum ni...kononnya 15 pemain nak bawak haluan sendiri tapi penjelasan Anuar menjawab semua persoalan yang timbul...
ada 10 orang  yang diberi kebebasan untuk pilih team mana diorg nak pegi tapi untuk 15 pemain tonggak tak kan kemana2...ada penambahan pemain import dan juga dari skuad piala presiden kelantan.
untuk pemain import masih lagi dalam proses pemilihan oleh James Butler sehingga raya haji ni.

berita penuh kosmo online


Monday, October 24, 2011

Gambar pelumba MotorGP kemalangan


TIDAK sampai dua pusingan dilangsungkan, perlumbaan kategori MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia semalam bertukar menjadi tragedi ngeri apabila penunggang Itali, Marco Simoncelli mengalami kemalangan maut.
Simoncelli, 24, mengalami kemalangan pada pusingan kedua dan dilanggar oleh jentera ditunggang Colin Edwards dan Valentino Rossi ketika dia terseret ke tepi litar dengan jentera Honda miliknya.



Topi keledarnya tercabut dalam kejadian itu dan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang itu diberhentikan dengan bendera merah dan kemudiannya dibatalkan terus.
 

 


 
 


 
 
 
artikel penuh  sumber dari myMetro

Thursday, October 20, 2011

Naruto and Bleach updated








Real Steel


memang mantap la citer ni der...
lakonan utama HUGH JACKMAN sebagai charlie, dan DAKOTA GOYO sebagai max sebagai bapak dan jugak anak.


max lakonan dakota goyo mase mula2 die dapat jumpa dengan robot yang namanya atom tertimbus tempat buangan besi buruk



Atom selepas dicuci


mase ni charlie(Hugh Jackman) tengah menyesuaikan diri die dengan Atom,charlie ni bekas peninju so die ade gerakan2 maut...disebabkan atom ni model G2 die ade sistem shadow mode,so bile mode tu diaktifkan die akan ikut ape je yang org depan die buat


max,atom dan charlie


shadow mode activated




ni plak zeus juara dalam liga robot2,max cabar nak lawan dengan zeus ni sebab pemilik zeus buat tawaran nak beli Atom

so...layan citer ni ye...

Wednesday, October 19, 2011

Cara Nabi Makan


salam semua
memandangkan kita manusia yang kerdil dan tiap2 hari memerlukan makanan
kat sini aku nak kongsi sikit ape makanan yang Nabi kita TAK makan.
sama2 la kita amalkan cara sunnah Nabi kita untuk kekal sihat...Insyaallah.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
BANYAK penyakit yang menyerang manusia berkait rapat dengan makan minum.jadi Nabi Muhammad s.a.w sering mengingatkan umat Islam berkaitan bahaya perut agar me reka berwaspada dengannya.



Tuesday, October 18, 2011

Kod tayar kereta anda


salam semua...
korang semua mesti ade kereta kan?setiap kereta disediakan 4 tayar dan 1 tayar spare..betul???
korang perasan x setiap tayar ade kod2 nya yg tersendiri???
ok yang dah tau x ngape la...pada yg xtau lagi kat sini kite same2 tengok dan check tayar masing2 ye...
untuk memastikan korang beli tayar berkualiti dan tahan lama korang perhatikan tayar tu sebab setiap tayar tu ade  maklumat terperinci tentang jenis, saiz, keupayaan, minggu dan tahun keluarannya.

Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar:
Untuk mengetahui usia sebuah tayar tu periksa kat bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2511 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 25 pada 2011.

 Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayat sesebuah tayar ialah selama lima tahun dan kalau lebih itu bermakna sudah expired dan dinasihatkan jangan gunakan lagi pada kenderaan.

Pengguna juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi tayar contohnya - 
205/40R16 82H.

Nombor 205 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.

Nombor 40 ialah aspect ratio tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya. Maksudnya ketinggian tayar adalah 40 peratus kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah.
Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.

Angka 16 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.

Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.
Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)

Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.
Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.





Monday, October 17, 2011

Putrajaya


Kalau 5 tahun lepas langsung aku xpenah terpikir nak duduk lame2 kat sini...
asal masuk dalam bando ni kompem sesat,pening aku nak mencari jalan...
dah masuk nak kuar plak jadi masalah...
1 kisah aku,aku nak mencari Jabatan Pendaftaran Negara,sesat smpai ke Presint 11 and xtau nak cari jalan kuar..last skali cara yang aku pikir,mencari pak polisi...hehe
aku berjaya sampai ke JPN dengan bantuan 2 abang polis yang tengah meronda dengan motor..
masa tu aku langsung xsuke nak masuk putrajaya ni
tapi tu lah hakikatnya...
dalam aku xsedar tau2 dah dekat setahun aku menetap kat bandar serba canggih ni,dan dah 2 tahun aku menapak mencari rezeki kat sini...Allahu Akbar!!!
takdir tuhan memang xde sape2 yang boleh jangka...
x kira la sehebat mane pon manusia,kita tetap x boleh tengok masa depan yang telah ditetapkan oleh Allah...
Alhamdulillah...aku bersyukur tuhan dah tetapkan yang terbaik untuk aku.


Saturday, October 15, 2011

Edit blog


hari sabtu yang free ni aku cuba la menelaah blog aku yang kekurangan serba serbi ni...aku tengok setiap post entry aku tu mcm x ramai je yang bg komen padahal pembacanya ada selalu...
so,selepas aku menggodek2 internet ni aku dapat la tips macam mane nak buatkan org senang dan boleh bg komen...thanks to adik lyssa sebab sediakan berbagai2 tips dalam blog adik...
so pada abg yg baru jd junior dalam dunia maya ni dapat manfaatkan tips adik tu...
rupa2nya blog aku ni ada word verification...patut la org x nak komen,benda susah kan?sape nak buat...buang masa je..orang skang suke yg senang2 jek...hehehe
so aku dah setting buat pop up window and buang wrd verification tu...
selesai dan senang hati den...hehe

kalau korang ada masalah yang sama mcm aku korang boleh klik kat sini.

   

Friday, October 14, 2011

Ajaran Sesat





apa nak jadi dengan orang zaman sekarang ni?semuanya nak amik mudah...
kalau kerja2 harian berkenaan duniawi ni orang x kisah sangat kalau nak amik mudah...tapi ini berkenaan akidah dan agama...bukan benda main2,sapa yang kita nak salahkan?salah orang tua yang dah berumur 69 tahun tu ke atau diri sendiri yang x blaja agama dari kecik?
kita sama2 pikir la...jangan asyik tuding jari pada orang je,tengok salah diri sendiri sama...kalau rasa bekalan untuk ke akhirat tu kurang...bertaubat,tambahkan ibadah dan berdoa semoga dosa yang lepas diampunkan dan amalan yang baru diterima dan diredhai oleh-Nya...
bukan bayar zakat untuk masuk syurga...
renungan untuk kita bersama..renung2kan dan selamat beramal...





Wednesday, October 12, 2011

AKU CUMA SEORANG BLOGGER


silakan....
jemput la masuk...
maaf la blog saya ni x seberapa...bersepah sane sini,bukan x nak kemas tapi x reti sangat nak kemas...hehe,biasa la kan...orang baru,baru nak belaja selok belok tentang dunia blogger ni...so,pada semua yang telah sudi melawat blog sy yang kurang menarik ni sila la bagi tunjuk ajar pada budak baru ni...
bukan nak cari populariti dengan blog tapi nak mengenal dunia tanpa sempadan ni dengan lebih dalam dan untuk memanfaatkan kelebihan ni dengan cara yang lebih baik...
cuba bak buat kebaikan dengan cara yang lebih moden...

blog yang selalu sy lawat boleh dikatakan setiap hari bukan 1 tapi lebih...

hehe..harap2 abg ben x kesah letak link lebih dari 1 ni...hehe


Tuesday, October 11, 2011

Sabar


salam semua...

hari ni nak kongsi kisah sabar...sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang bersabar...kenapa?sebab orang sabar ni sanggup menghadapi segala ujian dan dugaan yang diturunkan kepadanya oleh Yang Maha Esa..setiap kali Allah turunkan ujian ada sebab nya...samada nak menghapuskan dosa hambanya atau pun untuk memperingatkan hambanya kepada-Nya...

perkataan sabar ni semua orang boleh sebut,tapi boleh ke semua orang yang sebut tu betul2 bersabar?bersabar ni banyak hikmahnya,sebab Allah menjanjikan pahala kepada sesiapa yang bersabar...hikmah2 bersabar pon banyak...korang boleh tengok kat internet,mcm2 hikmah yang ada...

ada hikmah disebaik kejadian...jadi bersabarlah kawan2,termasuk la pada diri aku sendiri...sabar,redha dan memaafkan...semoga aku dan cik wife sentiasa bersabar dengan dugaan yang sedang dan bakal kitorg lalui...berdoalah selalu,itu pesan mak aku...semoga Allah memilih kita untuk masuk dalam golongan orang2 yang beriman...amiinn..

Konvo UIA

salam semua...

hari ni isnin,semua orang mula bekerja untuk mingu yang baru..tapi aku?cuti laa...hehehe,aku ke UIAM Gombak...adik aku yang ke-2 dah habis blajo...baru konvo,hari ni hari last majlis konvokesyen kat sini...untuk kali yang ke-27...

hari ni seawal pukul 6.15 semua dah bersiap nak ke gombak...mana tak nya,takut jem...bukan jem roti k,adik aku bagitau hari ni last dan yang paling ramai studentnya...so,kena sampai awal...walaupun dah bangun awal..keluar tetap pukul 6.45...terpaksa la aku gunakan highway mex,jalan tu je la nak elakkan jem kat sungai besi...tapi sangkut jugak kat jalan tun razak dan bulatan pahang...tapi takpe la dah dekat...terus masuk duke bayar 2 hengget terus sampai kat UIA...hehehe,sonang.

parking nya plak...perh!!!penuh beb...memang susah la nak mencari parking,nasib baik la keta bapak aku tu agak beso...so org kasi masuk la tempat parking yang berdekatan dengan dewan...so,mak n ayah aku x payah la nak menapak jauh sngat...orang tua,mane la nak larat.

lepas mak n ayah aku masuk dewan...aku,cik isteri dan jugak adik2 aku lepak kat cafe je..sambil menemankan cik isteri buat keje ofis yang dibawak ke sane...hehe,makan...minum...sembang...berapa jam ek duk situ?x hengat dah aku...lame gile kot...dari pukul 8.30 sampai 11.45...dengan orang lalu lalang nya...orang nk makan nye...serabut.

pukul 12 tengah hari adik kuar dewan...adik2 yg lain bersama cik isteri pegi cari bunga yang aku plak duk wish tahniah kat adik aku tu...masa tu plak mak ayah aku hilang...mana pegi nye ntah,hahaha...dengan kesesakan manusia masa tu pening mencari mak ayah aku tu,skali ade duk kat red carpet depan main entrance....haduyai,penat mncari rupe2 nye duk posing kat sane...

kitorg pegi dapatkan diorg...tangkap gambar sane sini,dah puas baru la rasa lapor...mak ayah aku x makan lagi dari pagi...pegi lunch,lepas lunch sembang jap...balik,mak,ayah n adik2 aku terus gerak ke kelantan...aku dengan cik isteri ditinggalkan kat LRT putra..naik train je balik Putrajaya..sampai umah pukul 3 petang...penat,tapi tu la...hari bersejarah untuk adik aku,so...aku pn tumpang gumbira...hehehe

Tuesday, October 4, 2011

Johan dan Zizan gaduh???


aduyai nye poonn...

si ah chai dengan si mail lambung ni gaduh dalam rancangan maharaja lawak je la...mane ada diorang ni gaduh,itu yang johan katakan...hanya kerana jadual tugas yang terlalu padat sebab tu diorang ni dah lama x nampak sekali...bukan sebab diorang ni gaduh...

johan sekarang bukan je jadi pelawak malahan dah jadi pelakon dan dj radio kat stesen radio era..yang zizan plak pelakon dan juga pengacara melodi...masing2 sibuk,bukan nya gaduh...harap maklum.

ini kenyataan johan yang penuh

Monday, October 3, 2011

Akibat Terlanjur


salam semua...

comel tak budak kecik dalam gambar tu?tapi...

buletin utama tadi mengkhabarkan lagi kisah sedih bayi yang tidak berdosa...semua orang dalam dunia ni boleh pikir,mana ada baby yang baru lahir terus buat salah dengan mak ayah dia...jadi apa la dosa si kecil yang dibuang ke dalam perigi oleh mak ayah dia selepas disumbatkan ke dalam beg pakaian???ntah macam mana la agaknya keadaan mayat baby tu masa pak cik tu jumpa tengah terapung dalam perigi tu kan....

sebab tu la,orang kata walau apa pun kesalahan ataupun dosa yang dibuat kemudiannya disorok ianya tak kan lama...hari ni mungkin orang tak tau sape yang buang bayi tu,esok lusa sapa tau?tup tup dah kuar dalam berita dah mak ayah bayi tu dapat dikenal pasti...masa tu malu tak payah nak cakap la,habis kepala dengan muka nak dimasukkan dalam baju....masa buat takde pulak sape2 nak pikir kan?

kat malaysia hukuman buang bayi dianggap sebagai membunuh dan balasannya hukum mati,tu baru kat dunia...belom kira hukuman kat akhirat tu lagi,hukuman tuhan lagi berat wei...sebelum baby tu lahir kompem2 la kene buat projek dulu kan?dah terang dah haramnya sebab berzina,sebelum tu lagi kompem2 la bersentuhan dulu,dosa jugak sebab bukan muhrim...cuba amik kalkulator tengok agak2 korang la kan boleh kira ke hukuman tuhan???sampai kiamat pon xkan terhitung...

so,renung-renungkan dan selamat beramal...

artikel sebenar pasal buang bayi dari kosmo dan metro

Sunday, October 2, 2011

Menu Isteri



hari ni hari sabtu kena plak buat OT untuk 5s yang tak sudah2...sorang2 plak tu,haduyai...biasanya kalau buat keje 5s ni buat berdua tapi member sorang tu plak balik kampung,stay sampai pukul 3 gak la tu pun sebab tengok luar nampak langit mendung terpikir kejap,silap2 haribulan aku mandi hujan time balik karang,apa lagi terus blah...sampai umah cik isteri tengah giat memasak,tapi aku tak jenguk lagi ke dapur..terus masuk bilik sebab nak sembahyang zohor,dah setel semua kluar bilik tengok atas meja...tu dia,ntah ikan apa ntah pak cik kitorg bagi,hasil tangkapan dia duk rajin memancing kat kolam...balik dari memancing tu terus bagi kat kitorg akhirnya macam dalam gambar tu la hasilnya...haha,nasik aku makan sikit je sebab duk sibuk kerjakan ikan tu,mmg best ar...hehehe,alhamdulillah.

Gaji penjawat awam naik?


salam semua...

gempar kejap kat pejabat2 kerajaan yang kononnya gaji semua penjawat awam akan dinaikan sehingga 40%...boleh tahan gak tu,sape yang tak suka kalau orang nak naikan gaji kita kan..tapi semua tu bakal dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari nanti,tapi papehal pon kena tunggu keputusan masa bajet nanti...

tapi ada jugak cerita disebalik kenaikan gaji ni...macam yang kawan2 sedia maklum kalau gaji penjawat awam ni naik kompem2 la harga barang pon naik...so sama gak la kan gaji naik ke tak..baru nak seronok sikit tup tup pegi pasar harga barang dah bertukar...lagi2 kat putrajaya ni,mane ada barang murah,segalanya mahal2 belaka...

pada yang rasa nak buat overlap loan pon boleh jugak,hehe...bile gaji pokok dah naik boleh la nak tambah hutang...dapat duit loan boleh la enjoy puas2...hahaha.

artikel penuh pasal kenaikan gaji penjawat awam klik sini