Pages

Sunday, September 25, 2011

Raya tak jadi



salam semua...

semalam hari sabtu,lepas pegi rumah terbuka makan kenyang2 aku and wife keboringan...nak ke KUD tapi bila memikirkan pasal parking terus jadi malas nak pegi..tiba2 wife tanya citer raya tak jadi ada tayang lagi ke hari ni?dengan selambanya aku menjawab apa plak yang tak ada nya...terus kitorg menuju ke alamanda sebab dah memang tengah lalu depan alamanda...terus ke kaunter dan kitorang bernasib baik sebab ada lagi tempat kosong dalam hall tu...tayangan 6.45 dan masa beli tiket tu betul2 masa tayangan baru mula..apa lagi,terus masuk la...

memang layan ar citer tu,gelak kaw-kaw punya...tak kira tua muda semua bantai gelak terbahak2...yang best pasal citer tu si adik yg bernama Bob lakonan Johan ada penyakit pelik,tiap kali dia tertidur dia akan terlupa masa bangun balik so si abang yg bernama Shuib ni lakonan Apek akan sedarkan si adik setiap kali dia tertidur dan tiap kali bila si adik tersedar ada je aksi pelik dia buat...

haduyai...memang penat la nak gelak masa tengok citer tu...
so sila la layan citer yang best tu,sokong filem tempatan...hehe

Saturday, September 24, 2011

BBQ 1st meeting

salam semua...

kuarters tempat aku tinggal sekarang ni dalam perancangan nak buat jamuan BBQ bersama2 dengan semua penduduk...so,pada khamis malam jumaat itu hari selepas solat isyak berjemaah dan bertempat di surau kuarters sebilangan penduduk berkumpul...perbincangan agak lama gak la,mana tak nya 1st meeting la katakan nak kena berkenalan dulu sebab meeting2 sebelum ramai yg tak penah join...

ada snap gambar tp x sempat nak upload,hehe...dalam duk berbincang dah sampai setengah jalan baru la tuan pengerusi kuarter sampai...ketibaan tuan pengerusi banyak membantu jugak la sebab dapat memutuskan banyak keputusan secara sebulat suara...Ajk juga berjaya dilantik,tarikh,masa dan tempat semua dapat decide...minggu depan 2nd meeting pada masa dan tempat yang sama...

kita tunggu progress seterusnya...

Thursday, September 22, 2011

5s

salam semua...

dah lama tak buat entry baru dlm blog...bukan ape,tak sempat sangat2 nak bukak blog sebab duk sibuk dengan kerja2 5s kat pejabat tu...rasa macam buat benda x berpaedah pun ada...mane tak nya,dengan duk buat kerja ni banyak kerja2 hakiki aku tertangguh...lagi2 nak mengejarkan due date pre audit..kelam kabut semua staff dibuatnya,atas meja bersepah2 xda sape pon yg nak amik tau...dalam minggu ni je seminggu kitorg kena jadi buruh kasar untuk mengemas...berpeluh2 dibuatnya,dah mcm main futsal dah..haha

so,hari ni dah kena pre audit untuk kali yg kedua,markah dari auditor untuk kali ni agak memuaskan dari yg pertama kali hari tu...mana tak nya masa 1st time hari tu,boleh dikatakan semua tempat dapat sticker merah yg bermaksud tempat tersebut kritikal...tapi kali ni banyak tempat dah dapat sticker biru maksudnya masih lagi perlukan penambah baikan,ok la dari merah kan?

tempat kerja unit aku plak,auditor just singgah mcm tu je,xde la nak bagi2 sticker..cuma diorg cakap kemaskan lagi..tu pon nasib baik la sempat bawak lari semua2 box fie dengan kotak2 masuk stor yg kalau nak di ikutkan bersepah n berserabut kat belakang patition...parking2 semua sempat di tampal..mmg ngam2 je keje last clearance tu kitorg siap auditor terus sampai...kalau x,sticker merah la agak nya...

sekarang,ready plak untuk pre audit ke-3 tapi kali ni akan di audit MPC sendiri...sibuk lagi la jawabnya lepas ni...tergantung lagi la keje aku...huhu.

Friday, September 16, 2011

Jamuan Raya MOF

 salam semua...
khamis lepas ada lagi jamuan makan2 yg aku attend bersama dengan kawan2 sekerja...kali ni majlis kat MOF atau kementerian kewangan,memandangkan opis aku tu berada di bawah kementerian kewangan ni,kitorg dijemput untuk memeriahkan majlis...yang pastinya majlis tu mmg meriah dengan kehadiran kitorg...layan gambar dulu...


bersama dengan org lama bahagian aku,kitorg gelarkan beliau Ayahanda Raub sbb beliau yg paling senior dan yang paing sempoi yg sanggup layan perangai kitorg yg muda2 ni


kesesakan semasa amik makanan


kerusi banyak kosong...tp sekejap lepas tu,penuh dgn lautan manusia yg kelaparan


kat kedai soto


meriahnya suasana...wife and the gang dtg kemudian n disebabkan tempat lain dah penuh,diorg join kitorg skali


yg duduk di tengah2 tu...raja sate,mmg kuat mkn sate




Dinner Akaun Awam

Salam semua...

hari selasa lepas ofis aku buat dinner kat Bangi Golf Resort yang terletak dekat dengan Hotel Equatorial Bangi,memandangkan wife aku keje skali dia pn dijemput jugak...

masa sampai
dapat table dengan gang 1 unit
live band dari akauntan2 yg bekerja dlm 1 jbtn





hamper tu hadiah karaoke untuk aku,yg kotak 2 tu wife aku dapat cabutan bertuah dan kerusi bertuah
selepas balutan dibuka,inilah dalamnya...blander

thermo pon kitorg dapat...mmg kat rumah xpenah ada bnd ni,rejeki la dapat ni kan


ada bnyk lg gambar tp tu la ada dlm kamera member aku...x sabo nak amik ni,sebab aku yg jd kamera man,owner kamera tu sibuk jadi DJ hammer utk event tu...

Raya 2011



Salam semua...dah 3 minggu kita semua beraya..smp skrg still lg ada mood raya dalam diri masing2...aku pun sama x terkecuali,so kat sini aku nak berkongsi gambar raya tahun pertama aku bersama dengan isteri tercinta...tahun pertama ni kitorg plan pakai baju warna hitam,sebab isteri aku berkenan sngt dengan jubah hitam...ingatkan kitorg je la yg pakai kaler hitam rupa2nya semua adik beradik belah aku pakai hitam...


 gambar di pagi raya lepas sembahyang raya...
 isteri tercinta dengan baju rayanya...
 mak mertuaku yg sempoi...
adik2 ku..
 adik ke-3 dngan jubah baru dan serbannya...
 mcm2 gaya...
 ayah aku sentiasa dengan jubah putih dia,sebelah tu pak cik aku dan yg hujung tu sepupu aku yang paling kamcing....
semua family aku dtg beraya kat umah mak mertua aku.. 


pagi raya pertama,aku lepak kat umah mak mertua aku,than family aku dtg beraya...petang nye pulak,aku balik ke rumah mak aku pulak...agak penat beraya tahun ni,tapi inilah pengalaman pertama aku beraya sebagai semua orang...mmg best..


Wednesday, September 14, 2011

Jamuan Raya ofis













antara gambar2 semasa majlis jamuan makan2...ade jugak persembahan nyanyian lagu raya oleh staff2 jabatan akauntan..tapi x sempat nak tgkp gambar sebab bz sngat berebut makanan...haha,bnyk gile makanan yg diorg sediakan,semuanya mantap2 makanan nye...x termakan semua makanan yang ade tu...

Thursday, September 8, 2011

ABC sebenar

 Luaran
Dalaman


Makan kat kedai mamak,wife order ABC sekali diorg bagi ABC kosong...langsung xde isi kat dalam nye...ini baru betul ais batu campur pewarna dengan air gula je...hampeh tul!!!

Rabu malam tanpa kata









Jadual Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold bulan September 2011

Seminar bulan September 2011

Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
Sabtu
.
10/9/2011
8.30 PM – 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Kota Bharu Public Gold Kota Bharu
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan (sebelah Public Bank)
Ahad
.
11/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Kuala Terengganu Public Gold Office 16A, tingkat 1, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu (sebelah KFC)
Isnin
.
12/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Kuantan, Pahang Public Gold Office
A-6624, Tingkat 1 dan 2, Jalan Berserah 25250 Kuantan Pahang (sebelah Maybank Jalan Beserah)
Rabu
.
14/9/2011
8.30 PM – 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Melaka Public Gold Melaka,
No. 9A Jalan Melaka Baru 22, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, Melaka.(bersebelahan Perodua).
Sabtu
.
17/9/2011
10:00 pagi sehingga 12:30 tengahari Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Koperasi Homestay Sri Kayangan, Sungai Besar, Selangor Seri Kayangan Homestay, Lot 160, Kg Tebuk Baru, Bagan Terap Sungai Besar Selangor 45300 Malaysia
Sabtu
.
17/9/2011
8.30 PM – 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6
(tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,
(bilik seminar baru)
Isnin
.
19/7/2011
8.30 PM-10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Bishop, Penang Public Gold Bishop
No. 84 Lebuh Bishop
10200 Penang Malaysia.
Selasa
.
20/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Sungai Petani, Public Gold Sungai Petani,
No. 86B, Tingkat 1, Jalan Pengkalan, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah. (sebelah Public Bank)
Rabu
.
21/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Alor Setar Public Gold Alor Setar Branch. No. 1577, 1st & 2nd Floor, Jalan Kota Alor Setar. 05000, Kedah.
Khamis
.
22/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Kulim, Kedah Hotel Seri malaysia
Bilik Teratai C
No.2 Taman Tasik Putra
Kulim, Kedah
Selasa
.
27/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Senawang, N9 Public Gold office,
152-1 & 152-2, Block M,
Taipan Senawang,
Jalan Taman Komersil Senawang 1,
Taman Komersil Senawang,
Rabu
.
28/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuching, Sarawak Public Gold Kuching
3rd Floor, Lots 456 & 457,
Al – Idrus Commercial Centre, Jalan Satok,93400 Kuching, Sarawak.
Sabtu
.
29/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kota Kinabalu Promenade Hotel,
No. 4, Lorong Api-Api 3,
Api-Api Centre,
Kota Kinabalu

Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas.
Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas

Maklumat lanjut sila klik sini