Pages

Wednesday, September 11, 2013

Dart pertama

 Set dart dan sebahagian aksesori
 
Minat main benda ni nak kata baru tak la baru, nak kata lama pun tak la lama mana.. sedang-sedang aja. Tapi bila dah beli kena la main.. kan? So aku dah beli set dart pertama ni dari bulan Julai, main asalnya cuma untuk suka-suka dan pinjam dart member. Masa mula-mula try baling dart rasa macam serasi je dengan sukan ni, tu yang beli.

Sekarang bila dah jadi hobi so kena la main sungguh-sungguh untuk master kan teknik yang betul. Dari segi balingan, stand dan juga macam mana nak pegang benda alah kecik ni. 

Biasa orang akan cakap, setakat main dart je pun bukan nya susah. Sebenarnya main dart ni boleh menajamkan fikiran sebab kena kira point balingan tu dengan mencongak je, mana ada disediakan mesin kira-kira bagai. Bab lenguh tangan tak payah nak cerita la, biasanya memang tak terkira la berapa kali kena baling untuk biasakan diri dengan dart.
 
Cara nak main, cara nak kira aku tak payah cite sebab banyak sangat dah blogger lain dah cite, so korang boleh tengok blog lain jugak.

So, untuk masa terdekat ni akan ada satu pertandingan untuk anggota kerajaan. Otai kat tempat aku kerja saje nak ekspos kan aku dengan member-member aku yang sama baru naik ni dengan suasana sebenar pertandingan. Untuk dijadikan pelapis katanya. In sha Allah kalau ada rezeki tu ada la, tengok la sampai berapa jauh team baru ni boleh pegi.

Open house lepas raya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sabtu lepas berjaya jugak aku dan wife buat open house walaupun hakikatnya syawal sudah pun berakhir. Ramai jugak yang tanya, open house sempena ape.. jawapan aku senang je, ready untuk raya haji. Kiranya raya haji nanti tak payah la aku buat open house lagi dah..

Ramai teman-teman dan jiran sekuarters datang untuk memeriahkan majlis, sampai pukul 10.00 malam orang datang. Meriah la rumah aku masa tu, sebab biasanya aku dengan wife je dalam rumah. Riuh rendah suara budak-budak yang buat aku lagi hepi.

Jamuan ni mungkinn tak kan jadi kalau mak mertua dengan adik ipar aku datang. Memang di import khas sempena open house ni. Nak harapkan wife aku buat sorang memang tak larat la dia. Aku ni setakat tukang beli dengan angkat barang boleh la. Nak masak memang jauh sekali.

Antara juadah yang sempat dihidang nasi hujan panas, laksa penang, rendang ayam, daging kerutuk , ayam masak merah, nasi impit, kuih muih, tembikai sebagai pencuci mulut dan beberapa juadah sempena buah tangan tetamu pun aku letak sekali atas meja bagi orang rasa. Semuanya licin. Siapa yang sampai lewat hari tu mintak maap la ye sebab makanan orang lain dah sapu awal.



Monday, September 9, 2013

Apa pula kata anda???

Sebagai rakyat Malaysia yang penghuninya mencecah berbilion orang, pelbagai tanggapan atau pendapat yang diluahkan. Ada yang sokong dan ada yang protes. Terpulang kepada akal sendiri untuk menilai. Bagi aku, setiap negara akan lalui perkara macam ini. Sama ada tinggi kenaikannya atau rendah terpulang dan bergantung kepada keadaan ekonomi negara tersebut.
  
Selagi ada orang yang mainkan peranan masing-masing maka aku akan duduk dalam keadaan yang menurut sahaja segala apa yang berlaku. Aku akan perhatikan apa yang pihak pro kerajaan akan cakap dan apa yang pihak pembangkang akan hentam dalam situasi ni.

Rakyat dipersilakan untuk menilai apa yang sedang berlaku, sebab bila dah tua nanti anak cucu kita jugak yang akan tanggung apa yang kita buat hari ni. Dibuatnya minyak seliter RM 20.00 barang lain belum kira lagi. Anak cucu kita masa tu agak-agak berapa nilai RM50 bagi diorang? Dah confirm bukan nilai macam hari ini.

Lama tinggal excercise


Last sebelum puasa aku pump badan, sekarang dah habis puasa dah habis raya sebulan lagi.. bila aku nak start balik aku pun tak tau. Muscle dah makin kecut, perut pulak dah makin hepi bulatnya. Supplement pun lama tak sentuh. Jemputan pulak tak habis lagi ni. Setelkan semua jemputan baru buat badan balik. Lemah semangat.. belum jumpa sumber yang mampu untuk bakar balik semangat ni.. Aduh, tenat..tenat...