Pages

Friday, May 31, 2013

Makan malam

Makan beger double special black papper yang amat mengecewakan, tanggapan awal yang sangat tinggi tapi sayang habis makan rasa nak muntah, takde perisa tambahan dan black pepper bancuh je yang dituang dalam pinggan beger.

Perasaan kecewa terubat bila dapat makan satay willy yang gemuk2 dah penuh rasa rempah. Kuah kacang yang cukup rasa manis ditambah dengan potongan bawang dan timun, memang syok.

Nasik goreng signature kedai pun agak tidak memberansangkan, daging yang hanya digoreng dengan campuran sos cili dan sos tiram, telur hancur yang agak hitam dan nasik goreng bujang. Mungkin terlalu ramai pengunjung sampai kualiti tidak terkawal.

Alhamdulillah atas rezeki malam ini, walaupun kurang kena pada cita rasa janji perut tak meragam malam ni dek kerana kelaparan.

Monday, May 27, 2013

Musim sukan kembali

Macam tahun-tahun sudah, tiap kali sukan aku akan join dan sukan yang wajib aku main sukan tarik tali. Bukan tarik macam sukaneka tu, yang ni real punya tug of war.

Kalau salah teknik memang merana la jawabnya, dan ada penambahan sukan tahun ni aku main futsal. Ntah mana gaya ghopenye aku pun tak tau. Nak kata terer tu takde la sangat, kalau tengok dari belakang iras-iras falcao yang main futsal untuk team brazil tu je.

Tahun ni pihak penganjur bagi kasut berlari, tahun sudah dengan tahun sebelum tu kasut court yakni kasut badmintan atau bola tampar atau yang sama waktu dengannya. Dapat kasut ni sedap la sikit nak bejoging walaupun hakikatnya takde la rajin sangat nak berlari.

Ade lagi persalinan yang aku dapat tapi yang paling aku tunggu ialah kasut, so masuk cita kasut dah.

Saturday, May 18, 2013

Tukar lampu kereta

Selepas kejadian kena langgar kat simpang kat Bandar Baru Bangi sebelum mengundi hari tu, dan aku telah dipersalahkan, hari ni baru ada peluang nak ganti lampu tu balik.

Agak sukar nak mencari bengkel hari sabtu ni sebab kebanyakan bengkel melayu kita selalunya cuti. Tak macam bengkel cina, kalau seminggu ada 8 hari tiap2 hari dia nak bukak.

Tapi kat sini lain sikit, aku jumpa bengkel kat Dengkil. Al-hijrah auto motorsport, nama pun dah sedap. Servis tip top, ruang menunggu ada aircond, free wifi dan yang paling penting ada surau.

Waktu operasi boleh rujuk pada gambar, bengkel ni pada aku boleh dikatakan bersih. Mungkin sebab baru kot, tapi aku selesa lepak sambil tunggu kereta siap. Yang bekerja semua orang muda, cepat dan tangkas.

Sunday, May 12, 2013

Minyak atar

Bagi lelaki minyak atar atau attar ni memang sinonim kalau nak pegi sembahyang kat masjid. Paling ketara golongan-golongan vateran macam bapak aku. Kalau masuk bilik dia bersusun botol minyak atar kat almari cermin mak aku.

Kalau ade org ke mekah mesti dikirimnya, kalau dia tak kirim pun sedara mara akan belikan untuk dia. Aku pun dah mula ikut jejak dia slow-slow. Tapi tak boleh pakai selalu, sebabnya wife aku ni alah dengan minyak atar ni. Dia pening kalau bau minyak tu.

Semalam masa pegi makan malam kat sofina seafood, nasib baik dah setel makan datang la sorg pelanggan datang duduk belakang wife aku. Bau minyak atar dia memang kuat. Aku biasa je, relak la kan. Yang wife aku ni automatik sakit kepala, terus rasa nak muntah. Mungkin brader tu baru balik dari masjid kot.

Kira dahsyat juga la penangan minyak atar ni. Selama ni aku main sapu je tak tau pulak ada yang alah dengan benda ni.

Sila la pilih minyak wangi yang bersesuaian dengan diri kita dan persekitaran atau majlis.

Belajar menembak

Hari sabtu yang indah aku dah tak ingat aku ade event menembak anjuran bank tempatan. Lepas bini aku sound baru aku tekebil-kebil nak mandi.

Anyway cita pasal menembak, first time tu pegang pistol glock yang betul punya. Macam mimpi pun ada, beratnya, hentakannya. Memang buat aku termimpi-mimpi.  Bukan aku sorg je yang menembak wife aku pun nak merasa. Sampai lenguh la tangan dia lepas tembak 25 das.

Lokasi menembak kat area segambut, kat menara TKSS. City square shooting gallery. Jarak target tak jauh pun, 6meter dan 11 meter. Tapi nak bagi kena target tu punya la payah.

Taklimat tentang cara-cara menembak, keselamatan amik masa sejam. Bukan apa sebab takut ade kemalangan tertembak org sebelah. Sebab dah ade dah yang jadi, tertembak diri sendiri pun ada, walaupun instructur ada sekali kalau nak jadi sekelip mata je.

15 das pertama utk latihan atau biasakan diri dengan pistol, 10 das lagi untuk tournement. Satu badan menggigil sebelum tembak tu, tapi bila dah start menembak rasa gian pulak. Nak petik picu tu yang payah, bukan macam dalam cite mision imposible tu.

Instuctor yg bertauliah selalu bagi nasihat dari belakang, dia suruh aim, tenang, tarik nafas dan tahan nafas, ready untuk tarik picu selembut yang mungkin. Walaupun first time nak menembak kalau dapat instructor yg baik kompem tak cuak.

Monday, May 6, 2013

Pendapat yang terpendam

Banyak sangat aku tengok post2 kat wall aku pasal mengundi, aku x kesah sangat diorg punya status. Yang aku panas hati baca bila orang2 yg kononnya pro-BN. Diorg post kononnya meluat dengan post2 pro-PR. Kononnya post smuanya penuh dengan caci maki sebab tak boleh terima kekalahan. Tak kurang jugak yg suruh bersyukur dengan ape yg kerajaan dah bagi selama ni.

Aku pun nak bgtau jugak kat sini aku dah mula naik meluat dgn status diorg. Bukan tak nak bersyukur tapi hakikatnya kerajaan bukan hak milik mutlak BN dan BN bukannya kerajaan. BN,PAS,PKR dan DAP adalah parti politik yang bertanding. Parti dan kerajaan adalah dua entiti yang berbeza. Setiap negara sekurang2 akn ada dua side. Ape yg pihak pembangkang cuba usulkan bukannya sesuatu yg mustahil, tetapi sesuatu yg boleh dibuat tapi sebelah pihak lg tak nk buat atas sebab2 tertentu.

Dan ape yg kerajaan sediakan selama ni adalah tanggungjawab,amanah dan janji yg diorg taburkan dalam menifesto sebelum menang. Andai kata la diorg tak sediakan fasiliti yg sepatutnya untuk rakyat, ape jadi kat kerajaan masa tu? Kompom la kene reject.

So, takde isu pasal bersyukur atau tidak. Yang aku nak tekankan kat sini andai ko boleh buat keje ko akan dipilih,andai ko buat taik ko akan ditendang. Tu je. Bab rezeki,nikmat ke ape ke semuanya pulang kepada maha kuasa iaitu Allah taala.

Bagi aku dalam banyak2 negara yg kita nampak jahat adalah Amerika, tapi tampuk pemerintahan diorg sentiasa bertukar ganti bergantung pada rakyat, itu baru demokrasi. Kalau nak jadi pemerintah yg berketurunan kita terpaksa undur balik ke zaman dinesti macam negara cina dulu la.

One more thing memang kami ni org muda, tapi tak bermaksud org muda ni buta politik. Kami bukan sekadar pemerhati org lama, kami akan nilai balik ape yg org lama buat, kalau betul tindakan org lama org muda akan follow tapi kalau org lama masih mengagungkan kuropsi maka kami akan bangkang habis habisan.

Dan jangan org lama lupa, kami ada internet dunia tanpa sempadan takde ape yg terselindung kecuali tanpa izin Allah, kami juga berkawan dengan ramai org, kami juga berkongsi pendapat, kami juga berbual pasal politik, kami belajar tentang politik, jadi jgn hanya kerana kami muda kami disangka tiada ilmu politik. Dalam masa yg sama org lama juga mengajar kami bahawa politik kotor perlu ditolak.

Fitrah dunia Allah jadikan yg tua pergi dulu mengahadap maha pencipta, yg muda akan sambung delegasi atas dunia ni. Jadilah org tua yg mampu buat kami bangga utk diceritakan kisah anda menjadi tauladan kepada anak cucu kami nanti.