Pages

Tuesday, March 27, 2012

Menapak dalam hujan

Sambungan dari

Ok,dah dapat park kereta tanya la pada budak yg jaga tempat tu gate C3 jauh ke dekat?dia cakap tak jauh berjalan dalam 15minit jugak la...

Masa tu pulak hujan baru mula turun,aku kuarkan 2 kaki payung untuk redah hujan sambil menapak...jalan punya jalan,dah lebih 15 minit tak jugak sampai2 hujan pulak tu pakai payung pun basah jugak sebab berkongsi payung dengan wife,dah jalan jauh tu baru perasan tempat yg kitorg park kereta tu dekat gate G1,so bayangkan la dari G nak ke C,huh!!! habis nasik ayam makan tengah hari tadi...

Dekat 25 minit berjalan baru sampai ke gate yg dituju,orang yg nak masuk melalui gate tak ramai sangat sebab ramai yang sampai awal.Aku yg kali pertama tengok F1 ni agak teruja la,ingatkan tak basah la bila sampai rupa2 nya kena berdiri tengah hujan...mmg namanya pun 'Stand Hill'.

Berdiri dalam setengah jam hujan makin lebat,perlumbaan ditangguhkan la pulak...apa nak buat semua orang kuar dari sana,kami pun ikut la,balik ke tempat car park naik bas shuttle yg disediakan free,nape tak naik bas masa pegi?sebab budak parking tu ckp takde bas...cis kau budak!!!

Dah sampai kat car park bunyi pulak enjin kereta F1 tu start balik nak belumba,kuang hasam betol la...tanya sana sini,mmg start balik so apa lagi tahan bas lagi sekali dan naik menuju ke gate yg kitorg masuk tadi...tak smp 10minit dah terpacak depan gate,menyesal aku jalan jauh tadi...

Sambung tengok kereta tu berlumba smp pukul 6.15 je lepas tu blah la sebab tak solat asar lagi.Baju basah dah kering,perut pun dah lapar,sakit telinga pun dapat sekali...agak2 nak pegi lagi ke tak ye tahun depan..hehe.

Monday, March 26, 2012

Lumba kereta F1

Pagi Ahad yang cerah lepas aku tolong wife aku mengemas rumah,baring-baring la kan tengok tv kejap...tiba2 mesej masuk dari salah sorang kawan ofis aku dengan bertaip begini:

Nak tengok F1 kat Sepang tak?

Dengan segera aku menelefon beliau untuk dapatkan kepastian,betul ke soalannya tu ditujukan kepada aku ni?lepas bertanya itu dan ini mmg confirm la ada tiket free lebih dalam 3 tiket,asal2 nya dia dah ajak sepupu dia tapi last minit pulak sepupu dia ada kerja,so la yang dijadikan bidan terjun...gurau je,hehe...

Aku tanya kat wife,dengan selambanya dia cakap tak kisah.Tanpa membuang masa kitorang bersiap2 lepas tu sempat la lunch dulu kat Taman Warisan,Putrajaya lepas tu aku singgah la petronas berhampiran untuk solat zohor,after that amik member aku dan terus menuju ke Sepang.

Sepanjang perjalanan ok je,tapi bila smp je kat roundabout KLIA tu jalan dah mula sesak,dari 2 lane ke 3 dan 4 lane...mmg sesak sngat2 la,yg kesiannya org yg nak ke LCCT.Aku try cool je masa drive,takut2 tercium kereta2 mewah kat sana...kesesakan tu berterusan sampai la ke traffic light litar Sepang tu.

Nak sampai tu dah satu hal,mencari tempat nak park kereta pulak satu hal lagi semuanya berbayor...dah takde dah yg free,dah tu pulak kot2 la nak park kat bawak pokok dekat2 gate yg nak masuk pun tak boleh,disamannya RM500,perh...apakan daya,nak tengok F1 punya pasal masuk la park berbayar RM10.

Bersambung...

Monday, March 19, 2012

Lupa diri

Hari ni ada jamuan kat ofis,sempena apa tu aku tak payah citer la sebab nya korang bukan tau pun.

Yang aku nak citer ni pasal makanan kat jamuan tu,biasa la kan kalau hantu makan nampak makanan tak payah tunggu lapar kompem makanan yang ada kat situ boleh habis.

Antara menu yang ada sate,kari itik,ikan sweet sour,sambal petai udang, dan ulam-ulaman,pencuci mulut pulak buah-buahan dan kuih tepung pelita beserta 3 jenis kek.

Aku ni memang paling berantu kalau nampak sate,memang itu la yang aku terkam dulu...tak pikir dah pasal benda lain,ntah berapa pulug cucuk ntah...aku pun tak perasan,lepas puas bedal sate baru beralih pada menu lain,amik nasik sikit je tapi lauknya...tu dia!!!

Makan free biasa la kan,selagi boleh sumbat selagi tu tak kan berenti so sama la dengan aku ni.Sampaikan sendat perut dibuatnya,tapi bukan aku sorang je macam tu member-member lain pun sama.

Tunggu lagi 3 bulan apa pulak menu yang diorang nak sediakan untuk naga-naga kelaparan kat ofis ni.


Thursday, March 15, 2012

Tasik Dayang Bunting

Korang nampak tak apa yang ada kat bukit belakang tu?itu la bukit dayang bunting kat sebalik tu ada tasiknya.tempat yang amat cantik,tasik yang tersangat dalam...indah sungguh ciptaan-Nya kan?


gambar yang lebih clear aku bagi korang tengok,ada nampak macam bentuk perempuan bunting yang tengah baring tak?banyak cerita rakyat pasal tasik ni.Kata orang siapa2 yang susah nak mengandung boleh la cuba mandi dan minum air dari tasik ni,insyaallah dengan keizinan Allah menjadi.




Aku ni pulak tak pikir benda lain kalau dah nampak air ni,kerja nak terjun je...asalnya tak nak pakai life jacket tapi bila pikirkan balik takut tenggelam tak timbul aku sewa la jaket tu rm5 je pun.Apa lagi terapung la merata tempat.












Wednesday, March 14, 2012

Bukan kerja manusia ni

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.

Kesian dengan budak kecik yang tak bersalah tu,kalau dah dendam dengan orang tua nya kenapa anak kecik yang dijadikan galang gantinya???manusia sekarang kebanyakannya bertindak mengikut nafsu,bisikan dan macam2 lagi la...akal yang waras tak tau letak kat mana. Aku terdengar radio Era pagi tadi,dikatanya memang pembunuhan tu angkara dendam seorang jiran yang jugak penagih dadah,dendam sijiran tu terhadap nenek Dirang sebab pernah menghinanya,yang jadi mangsanya pulak sikecil yang comel.perikemanusiaan kita ada tahap mana agak2nya kalau difikirkan dengan akal yang logik ni.Sanggup ke kita nak bakar seorang budak dalam keadaan hidup2?tak sanggup aku nak pikir...renung2kan lah...

Fobia Naik Kapal Terbang


Aku nak cerita sikit la,aku ni agak fobia nak naik kapal terbang ni...gambar kat atas tu gambar baru turun,tu yang boleh tersenyum.Kalau sempat amik gambar masa nak naik mesti korang tak kenal muka aku.Bukan apa aku dah kena 2 kali dah ribut kat atas langit tu...dah mcm tggu nyawa kena cabut dah masa tu.Wife aku yang duduk kat sebelah dah tau aku ni mcm mana kalau naik flight kompem akan tenangkan aku kalau kapal terbang tu bergegar kuat.
masa naik flight balik,masa ni tak cuak sangat sebab cuaca hari tu betul2 baik...tapi dengan ketinggian 28000 kaki agak kecut gak la.

sedikit gambar yang sempat wife aku amik masa on the way balik dari langkawi.banyak lagi permandangan cantik tapi bateri kamera pulak habis.


Tuesday, March 6, 2012

Kereta Kabel Langkawi


Kenangan yang masih segar di ingatan,naik Cabel Car kat Langkawi ni memang sesuatu yang mengujakan dan menakutkan.Dengan ketinggian yang aku tak tau (kalau korang nak tau korang tanya la pak cik google) aku hanya mampu senyum tawar je dalam gondola tu.Mana tak nya main dengan ikat kat tali tu je kan,dah tu pulak terhoyong hayang ditiup angin bukit yang tak slow bawah pulak nampak pokok2 besar je...huh,penat tahan nafas.

Permandangan indah dari jambatan gantung ni memang betul2 buat aku teruja.Cantik sungguh ciptaan yang Maha Esa.Dengan cuaca yang redup macam nak hujan membuatkan rasa sejuk tu mcm duduk kat London pulak.
Orang yang melawat pun sentiasa ramai,tapi...yang aku tak boleh tahan time kena panjat tangga nak balik,huhu...memang menguji kesabaran dan kecekalan hati si pendaki,menggigil lutut bini aku,aku xpe sebab dah biasa main futsal so takde la goyang sangat.Apa2 pun semua yang pegi sana dengan aku selamat naik dan pulang.Satu lagi bab orang jual gambar kat tempat naik kereta kabel ni,agak2 la letak harga gambar tu sampai sekeping rm35,yang globe salji tu plak rm50 dan kalau amik dua2 rm65,jawabnya semua aku tak beli.korang yang rugi kesian.

Actually kitorang pegi tempat cable car ni dua kali, masa hari mula2 sampai langkawi kitorang dah pegi sana tapi tak dapat nak naik sebab cuaca yang tidak mengizinkan kitorang naik. Memandangkan tak boleh naik kitorang pun bergambar je la.






 Yang ni pulak gambar kali kedua naik, berjaya sampai ke puncak





Muka-muka keletihan lepas balik dari puncak dan lepas naik tangga yang amat tinggi







Monday, March 5, 2012

Langkawi


Indah sungguh ciptaan Tuhan,selama aku hidup atas muka bumi ni baru pertama kali aku dapat jejakkan kaki aku ke tanah Langkawi minggu lepas bersama dengan wife dan juga kawan2 ofis.Walaupun tak pusing habis 1 pulau tu aku tetap berpuas hati dengan apa yang aku rasa dan nikmati kat sana.Minat aku terhadap pulau2 kat Malaysia ni makin menebal pulak sekarang ni, sebelum ni dah layan Pulau Perhentian Kecil memang best.Set target nak ke pulau2 lain pulak lepas ni.Kumpul duit dan nak round 1 Malaysia.

Isi minyak van yang disewa dan aku sebagai driver
* Ada cerita kat stesen minyak ni, mula2 sampai nampak sekumpulan mak nyah baru lepas isi minyak kat pam sebelah, masa aku dengan member aku nak pegi bayar punya la diorang tenung kitorang macam nak telan je. Dah tu plak casher pulak buat hal, aku mintak nak isi 30 je sekali dia set 50..so, kena la bayar 50,full tank sudah...
Antara penumpang-penumpang yang aku bawak
Makan mee rebus kat tepi pantai, lapar lepas turun flight
Proses menjaga budak kecik ni dari masuk dalam laut sementara mak dengan ayahnya baru nak makan