Pages

Saturday, January 14, 2012

Tanggungjawab Bapa

Rasullullah s.a.w bersabda: Ada 3 tanggungjawab bapa terhadap anak-anaknya.

  1. Letakkan nama anak dengan makna yang baik
  2. Didikan/fahaman agama
  3. Pilih pasangan hidup untuk anak lelaki/perempuan
Saidina Umar r.a pula memberitahu kepada anak salah seorang sahabat semasa pemerintahannya tentang tanggungjawab bapa kepada anak ada 4:
  1. Bapa itu mestilah memilih pasangan untuk dirinya sendiri terlebih dulu dari golongan yang baik
  2. Letakkan nama anak-anaknya dengan nama yang baik
  3. Didikan/fahaman agama
  4. Memilih pasangan hidup untuk anak-anak

selalulah sibapa membaca surah Al-Insyirah(Alam nasyrah),baca untuk diri sendiri atau kedalam air untuk anak-anak,ini satu ayat penerang hati.kerana apabila diberi anak minum air itu dilapangkan dadanya untuk mendengar nasihat ibu bapa.




Monday, January 9, 2012

Salah ke?


Apa salahnya,aku pun tak tau...bukan lama mana pun aku amik masa,sekejap je...tu pun nak berkira,lepas tu aku buat la kerja balik...tak pun lepas kerja aku siap,aku bukan tu pun kejap je...

Apa la yang orang bahagian IT tu nampak kat blogger hingusan macam aku ni?sampaikan aku nak bukak blog aku sekejap pon dah tak boleh,langsung dibloknya...nak baca blog orang untuk mencari ilmu pun tak dibaginya...aduh,besar sangat ke kesalahan jadi blogger ni?nak update blo pun dah tak boleh...

Dugaan...

Monday, January 2, 2012

Azam, Berazam untuk tahun baru.


Entry pertama untuk tahun baru ni...

Biasanya orang mesti tanya apa azam tahun baru? kalau tak tetapkan azam nanti orang kata kita ni hidup takde tujuan...wajib ke letakkan azam setiap kali masuk tahun baru?

bagi aku sendiri, terpulang pada individu tu sendiri samaada nak letak azam atau target untuk dicapai atau tak...masalahnya azam tahun lepas ada yang tak setel lagi,macam mana pulak tu? carry forward ke? tepuk dada tanya iman...

azam ada, tapi aku letak kan lebih kepada mengabdikan diri pada yang Maha Esa, sebabnya? sebab aku selalu sangat rasa macam amalan aku ni belum lagi cukup untuk mengahadap Maha Pencipta. kalau yang ni aku dapat capai insyaallah yang lain dengan automatiknya akan dapat aku capai. bab-bab duniawi ni aku nak cuba kurangkan...sama-sama kita usahakan.

Selamat Tahun Baru untuk semua teman-teman blogger.