Pages

Friday, July 29, 2011

Harimau Didadaku

Selamat sudah perlawanan antara Harimau Malaya bersama skuad Singapura...bermacam2 ragam yang dapat aku perhatikan,ade yang puas hati dengan persembahan pemain2 harimau ade yang memperlekehkan permainan diorang...yang pastinya semua penonton tak berpuas hati dengan skuad singa sebab taktikal diorg main untuk berlakon je...sikit2 jatuh,sakit,kram...macam2 lagi.Skuad kita pulak bermati-matian mengejar gol,nampak segala usaha yang diorg nak bagi,cume ada la sesetengah pemain yang kurang menjadi masa main tu...passing yg tak berapa nak kemas,stop ball jugak kurang menjadi dan pengawalan bola agak longgar..pape pun,semangat Harimau masih belum padam dalam setiap diri penyokong,sebab kita semua tahu kita kalah bukan sebab kite tak reti main tapi sebab taktikal pihak lawan yang melengahkan permainan..tu saje,kepada pemain Malaysia..amik iktibar dari kekalahan perlawanan lepas,tunjukkan semula pada masa akan datang yang pemain Malaysia sejati tak gentar bermain dengan pemain import...

Malaysia masih belum tewas




Thursday, July 28, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !






cepat klik sini kalau nak dapat hadiah...

harap2 dapat join...hehehe

hari ni nak cite pasal gym,sebab minat aku dengan brader ben ni same...hari ni xde mood nak ke gym rase lemau je,kalau nak ikutkan schedule yg ade untuk hari ni sepatutnye kena main bahagian back..dalam seminggu mcm mane pun mesti kene main sekali,isnin hari tu main shoulder smp bengkak...kene super set dengan sifu,selasa plak demam..so dah tak pegi..kalau tak boleh main dada,nak besarkan lagi dada ni macam brader ben tu...haha,semalam ofis buat makan2...tak dapat la nak main bicep ngan tricep..hehe,xpe minggu depan aku main semua tu hari demi hari...hehehe,walaupun puase,gym xkan aku tinggalkan..main taip je ni..=P

Majlis kesyukuran tempat keje








Jamuan hari jadi,majlis baca yasin skali dengan doa tahlil...menu utama RUSA ditambah plak dengan soto,pulut durian,buah dokong,rambutan,lempeng,SATE,seri muka aka kuih sampan...mcm2 la,yang penat dan best nye aktiviti lepas makan la,sebab buat konsep REWANG...kene basuh pinggan macam umah kenduri,kecoh jap dalam toilet aras 8 tu,semua karakter dalam cite KL gengster semua ade keluar sampaikan tersumbat semua sink,hahaha...penghargaan paling tinggi untuk Abg Raub sebagai leader yang sanggup berletih dan berbasah2an dalam toilet tu...terbaek!!!

Malaysia Berperang





1 Malaysia dah tau malam ni skuad Harimau Malaya nak berentap dengan geng2 Singapore kat Stadium  Nasional Bukit Jalil,korang semua nak tengok kat mane tu tak menjadi hal...yang penting sokongan dari rakyat2 Malaysia amat2 membanggakan...mengalahkan orang nak pegi berperang,mana tak nya kalau dah habis semua tiket 85,000 keping yang disediakan pihak penganjur...kompem bergegar la stadium,aku kat sini pun tak terkecuali..tengah semangat nak ke stadium petang ni,bawak wife pegi skali dengan member2...kite same2 doakan kemenangan malam ni menjadi milik skuad negara kite...

Wednesday, July 27, 2011

Nikmat Tuhan

Salam semua...

Alhamdulillah,semalam rase tak sihat dan hari ni plak aku rase selesa sngat mase bangun tido pagi tadi...pukul 6 pagi lagi aku dah sedar...itulah dia nikmat yang Allah bagi kepada hamba2nya.sekejap je tuhan tarik nikmat sihat dan digantikan dengan demam sejuk menggigil,lepas tu bagi balik sihat...semuanya atas kehendakNya.

mungkin berapa hari lepas aku lupakan nikmat yang tuhan pinjamkan kat aku ni,sebab tu Dia ingatkan aku balik...alhamdulillah,aku dah ingat sape aku ni tanpaNya...dengan usaha yang telah wife tercinta aku buat,lap kain basah pada badan..letak tisu basah atas dahi ni,bagi telan ubat...hasilnya,Allah bagi balik nikmat sihat tu..yang penting kita sabar dengan ape saje dugaan yang diberi olehNya pada kita,tak kira la kecik atau besar...bersyukurlah.

Tuesday, July 26, 2011

Hari Selasa

Salam semua...


Hari ni hari yg agak dingin bagi aku,mane tak nye dari pagi lagi pakai jaket..dah la kat ofis ni aircond nye blh tahan gak la sejuk...hidung berair,kepala dah start nyutnyut...aduyai,tuhan la tahu..nak makan rase x sedap,nak bercakap pun sengau apatah lagi nak menyanyi..hehehe,pagi ni agak sibuk sebenarnye tapi apekan daya,walaupun aku dah cube merajinkan diri tetap jugak rase malas...

hari ni mis lagi 1 hari nak ke gim...kalau x,blh main chest...semalam dah main shoulder bersama2 dengan double zul,smp terkehel bahu ni..sikit la,malam tadi main futsal dengan member2..rase ok je,start pagi tadi...aduh,bangun pun lambat..ni tengah cube menahan diri dalam aircond smp pukul 5 ditemani jaket dan jugak tisu,dah berapa bnyk habis aku pon x tau...hehehe.

Wednesday, July 20, 2011

Emas lepasi paras AS$1,600 seauns


HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat.

Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.

Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.

“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu.
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.

Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad.

Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.

Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global.

Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece.

Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.
Dipetik dari Berita Harian Online Pada 19 Julai 2011

Tuesday, July 19, 2011

Makan Durian






Aktiviti di hujung minggu lepas...best woo mkn durian kat tepi jalan sambil ditemani kereta2 yg lalu lalang...hehehe,murah dan berbaloi...kene pulak buah yg dipilih tu menjadi mmg sedap laa..dgn lemak nye dgn tebalnye...pergh...terbaek dari ladang durian..yeah!!!

Harga tertinggi....

 

Harga emas naik mendadak buat mase ni...sape yg ade emas best woo tgk harga skrg...hahaha,pada yg x beli lagi jngan beli lagi...kene tunggu harga kasi turun dulu baru beli ramai2...mase tu korang shoping la emas bnyak2..

 

Public Gold Price (24 Hours Live)

(Last updated 19/07/11 3:05 PM)
 PG SellPG Buy
10 gram RM 1,744.00 RM 1,604.00
20 gram RM 3,455.00 RM 3,248.00
50 gram RM 8,598.00 RM 8,125.00
100 gram RM 17,115.00 RM 16,259.00
250 gram RM 42,586.00 RM 40,670.00

Monday, July 18, 2011

Kali pertama

Salam semua...

aku x penah pegi ke gym dalam keadaan diri ni berpuasa,so ni 1st time la aku pegi angkat dumbell tu dengan kederat orang puasa,bukan saje2 nak puasa ni ye tp nak trainkan diri ni supaya mase bulan pose akan datang aku lebih berdisiplin sambil2 teman wife,hehe...so takde alasan la lepas ni sebab pegi gym tgh hari je,nak ponteng puase..hehe,so nnt bulan puase bukan bulan cuti untuk ke gym bagi aku..itu namanya target ye kawan2..kalau mampu kite pegi,kalau tak mampu so tak payah la..

Futsal bersama komuniti

Salam semua...

Saje nak cerita pasal kominiti tempat aku tinggal skrg ni,bkn ape kuarters yang aku menetap skrg ni tempat baru..so mmg semua penduduk kat sini memang tak kenal 1 sama lain.tiap kali ade mesyuarat penduduk pun yang turun tak sampai pun 5 orang...sedih kan?tapi bukan nya sebab tak nak turun just ade komitmen masing2,bukan semua kerja gomen,ade yang salah 1 pasangan tu keje swasta so kat situ clashnye..aku ni pon tak penah join meeting kominiti,asyik lupe je..dah tengok dah memo yang ditampal kat depan pintu lif,tp still jugak lupe..huh!!! teruk betul la  aku ni.

So,demi untuk menebus ketidak hadiran aku tu,aku pun manage la 1 game futsal,bukan untuk tournament ye tp just untuk suke2 je,sebab lelaki ni kebanyakan nya kaki bola kat situ la aku amik kesempatan nak berkenalan dgn org2 yg duduk sebumbung dengan aku..dari rancangan aku tu ramai gak la yg respond,aku pon terus book 1 court futsal depan kuarters kitorg tu...aku buat event dalam group FB komuniti,so ade la yg attend..aku pilih hari kejadian jumaat malam minggu lepas bersamaan 15/7 main dari pukul 9-10 malam..

malam tu hujan renyai2,salah sorg yg nak main mesej aku tnye jadi ke?aku ckp kalau hujan tak lebat kite main je la..aku turun awal,dlm 8.40 aku dah gerak dengan wife aku..smp je tgk hujan ade lagi,tp still ade org tgh main,so aku pun decide untuk main je malam tu..dalam pukul 9.10 ade la dlm 8 org smp..court punye la luas nak main 4 org sebelah mau nye muntah hijau sorg2 nnt..hahaha,aku pun nmpk geng2 yg book awal dari kitorg tp x jadi main sbb hujan,aku ajak je la..diorg ckp ok,terus main 6 sebelah,walaupun simen tu licin semua main hati2..best,dan yg paling penting semua puas hati..hehehe

yang paling x disangka2,member yang aku ajak main untuk cukup kan korum pemain mase tu plak ajak friendly...kene prepair 1 team yg baek punye la pas nih..hehehe.

Tuesday, July 12, 2011

Gadai Emas

Assalamualaikum semua...
Hari ni aku nak citer sikit pasal 1st time aku nak gadaikan emas dalam simpanan aku utk tujuan rolling..so,memandangkan ar-rahnu bank rakyat dan agro bank dah x terima gadaian gold bar atas sbb diorg pon nak kuar emas keluaran sendiri jugak..aku pon ke ar-rahn kajang,dekat dgn Plaza Metro Kajang.

Sebelum kuar tu,aku dah buat call ke ar rahn ni utk tnye samada diorg terima x gold bar,so diorg ckp terima dgn syarat diorg just terima 30gram sahaja sehari contohnya andai gold bar anda seberat 50gram diorg just amik kiraan 30gram je dari 50gram tu..tp andai kata gold bar anda berasingan maknanya ade 20gram ade 3 keping,so ianya akan diterima semuanya..maknanya 60gram tu semua diorg terima.

Nak dijadikan cerita,aku pun gerak la ke kajang dgn member nak ke ar rahn tu,sesampai je kat sane aku masuk dan suasananya teramat la lengang..xde org lain melainkan juru kaunter 2 org dgn pak guard sorg..aku terus ke kaunter gadaian,aku serahkan gold bar aku tu..juru kaunter tu laki,so aku pggil encik je..encik tu kate die just amik 30gram je sehari,aku bawak 20gramx4keping..aku pon ckp la yg aku dah call dan tnye pasal bar yg berasingan blh diterima,tp encik tu ckp die x terima...die just akan amik 30gram je,kalau nak jugak esok dtg lagi..mane la aku ni rajin sngat smp tiap2 hari nak ke kajang,haduyai...

so aku tnye la kalau sekeping die amik brp?die ckp RM1,750 shj...dah tu esok kene dtg plak la?encik tu ckp ye..aku pon amik mase 30 saat utk berpikir and at last aku cancel je gadaian tu,malas aku nak beratkan otak aku ni nak pk bnyak2..terus ckp terima kasih,amik balik gold bar aku and calo..pegi layan pisang goreng dgn ayaq nyoq lg best..hehehe.

tu la die pengalaman 1st time nak gadai emas tp x jadi...nnt la bile aku rase aku nak gadai lg emas aku tu baru aku cari jalan lain plak...hehe,sekian.

Monday, July 11, 2011

Jom jadi tokey barang kemas dengan Public Gold

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian


Dengan keadaan harga emas yang turun ini syarikat kami Public Gold Marketing Sdn Bhd telah menawarkan peluang perniagaan Barang Kemas…..yup barang kemas,hehehe bukan gold bar…tapi barang kemas.

Ini peluang yang terbaik kerana jika sebelum ni jika nak jadi dealer syarikat PG anda perlukan RM20k tapi sekarang tawarannya adalah RM15k,ini dah kira bagus…jadi tokey barang kemas.

tentu anda bertanya apa bagus sangat ke ke jadi dealer barang kemas PG nie?

ok apa kelebihan barang kemas PG berbanding dengan barang kemas di kedai-kedai emas lain…

1) barang kemas Public Jewellery semuanya berketulinan 916 atau 22K sahaja

2) Harga ditentukan oleh pasaran dunia dan dikira dari berat….bermakna harga untuk beli barang kemas
 Public Jewellery ditentukan oleh pasaran semasa, ada naik turun tak macam kedai emas…dan harganya dipaparkan..(ini kan yg dikatakan telus)



3) tiada kos tambahan seperti yg porpular kos upah tukang, macam kedai2 emas kenakan setiap kali kita beli barang kemas

4)design barang kemas Public Jewellery adalah Mediterranean ,sebab tue nampak style sikit,kalau orang yg biasa pergi menunaika haji dan umrah mesti mereka akan berminat..design2 ini..

Friday, July 8, 2011

Harga emas RM202.57 segram

pix_gal0
Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014

HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.
Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.
Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.

Tuesday, July 5, 2011

Balas Dendam

Salam semua...
tajuk tu bkn saje2..ini betul2 nak balas dendam tp bkn dgn org lain ye just dengan diri sendiri,mane tak nye 3 hari dari jumaat malam sampai ahad malam aku asyik makan kenduri je semua lauk nmpk sedap dan semua aku sapu..jd minggu ni sesi balas dendam untuk membakar kalori dalam badan ni balik.

so,planning minggu ni nak layan gym tiap2 hari la..semalam isnin hajat dah tercapai sbb tgh hari aku dah pg gym,aku main over all,semua body aku belasah..tp xde la teruk sngat,gk kemampuan dan kesempatan..mlm nye plak aku belasah main futsal dengan member2 kat gelanggang mokhtar dahari depan umah aku tu smp 2 jam..mencurah2 peluh mcm mnd hujan..meleleh2 kat muka aku peluh2 tu.

hari ni plak gagal sbb x sempat nak ke gym..tgh hari td kene bayar kereta,lps tu terpandang tarikh kat lesen sekali dah lepas daa...28/6 lagi tamat tempoh nye,nasib baik x kene tahan dgn abg polis mase jalan2 kenduri hari tu,so terus la cargas ke pejabat pos alamanda,mase amik no giliran tu kene tggu smp 40 org,gile lama..so aku ke kedai kegemaran aku la iaitu MPH,layan buku2 workout,hehe..tgk je gmbr2 dlm tu,bdn ketul2 nak jd kan badan mcm tu mau lg 3 bulan baru jd,hehe...

tp ptg ni aku akan join wife aku joging,at least ade gak peluh nye kan...hehehe,esok dan lusa plak planning aku tgh hari pegi gym dan malam nye plak main volley ball kat presint 8..sape nak join blh join,jgn malu2...kalau penat blh rehat..kesihatan penting oii!!!obesiti sedang menyerang penduduk tanah melayu...bergerak sebelum anda dijangkiti,sbb ianya punca pakej penyakit smp pd anda..